Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kemaluan Cucu Bau Busuk...

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dilaporkan telah dicabul oleh datuk...

Tuanku Zara Nasihati Graduan...

TANJUNG MALIM - Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diminta mencerminkan rasa kesyukuran...

SPAD Cadang Gaji Pemandu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan supaya syarikat bas ekspres...

Suu Kyi: Dewa Bagi...

SEJAK Persidangan ASEAN plus 4 di Filipina dua minggu lalu, Kaunselor Myanmar Aung...

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat BN

IPOH – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isteri wakil rakyat mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kejayaan seseorang pemimpin.

Perdana Menteri berkata mereka berperanan sebagai pengukuh semangat ketika senang dan susah selain bertindak sebagai pemberi semangat, sokongan dan dorongan.

“Dengan semangat kekitaan kita, kebersamaan kita, tidak ada sebab kita tidak boleh menghadapi segala cabaran yang ada di hadapan, dan inilah yang saya ‘stress’kan sebagai semangat kerja berpasukan antara wakil rakyat dan isteri.

“Ini amat penting bagi kita sebab kalau isteri kita mainkan peranan seperti ini, maknanya kepala kita tak berserabut dan tenang.

“Kalau isteri kita buat perangai, kepala kita berserabut dan kita tak boleh jadi pemimpin atau wakil rakyat yang baik,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada majlis makan malam ‘Sehati Kita Sejiwa’ dan penutupan Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia di sini malam tadi.


“Sebagai isteri wakil rakyat, dia mesti jaga kita, jaga keluarga kita, jadi teman kita dan jadi segala-galanya supaya kita dapat menjadi wakil rakyat BN yang disenangi oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, wakil rakyat dan pemimpin perlu menghargai pengorbanan isteri masing-masing.

“Oleh itu berilah timbal balas yang sepatutnya kepada isteri kita, jaga hati isteri kita, apa-apapun permohonan isteri, kita beri pertimbangan yang sepatutnya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori