Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kren Tumbang, Seorang Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pembinaan maut, manakala dua lagi terselamat selepas sebuah...

Bekas Penguat Kuasa MPKj...

SHAH ALAM - Seorang bekas pembantu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) didakwa...

Liwat: Shafee Persoal ‘Layanan...

Hari ini hujah ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri...

KKD Kaji Naikkan Ketinggian...

JOHOR BAHRU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji cadangan untuk meninggikan...

Jabatan Perikanan Pahang Tahan 2 Bot Pukat Tunda

KUANTAN – Jabatan Perikanan Pahang menahan dua buah bot pukat tunda nelayan tempatan bersama 16 nelayan warga asing kerana melanggar syarat lesen menangkap ikan, pagi semalam.

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan berkata nelayan terbabit ditangkap dalam operasi membanteras kegiatan percerobohan zon penangkapan ikan dan melanggar pelesenan yang dijalankan jabatan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda di 18.5 batu nautika dari Tanjung Tembeling pada pukul 9 pagi mendapati bot itu menangkap ikan dengan peralatan mencandat sotong.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan candat sotong tanpa lesen,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ismail menambah semasa ditahan, bot berkenaan membawa tujuh awak-awak warga Vietnam berumur antara 20 hingga 48 tahun.

Menurut beliau sebuah lagi bot pukat tunda ditahan setengah jam selepas itu, di 18.7 batu nautika dari Tanjung Tembeling, walaupun pada awalnya mereka mengingkari arahan penguatkuasa dan cuba melarikan diri semasa dihampiri.


“Bot itu membawa sembilan nelayan warga Vietnam dan pemeriksaan juga menjumpai peralatan mencandat sotong tanpa lesen di bot itu.

“Pemeriksaan juga mendapati bot itu mempunyai dua rekod kesalahan yang dikompaun RM800 dan RM4,000 atas kesalahan mengunakan nelayan asing tanpa permit,” katanya.

Ismail menambah semua tekong dan nelayan yang ditahan dsiasat di bawah Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan tanpa lesen.

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 8(b) akta sama iaitu menggunakan nelayan asing tanpa permit, manakala bot kedua turut disiasat di bawah Seksyen 53 iaitu mengingkari arahan pegawai penguatkuasa.

Ismail juga memaklumkan pada tahun ini, Jabatan Perikanan Pahang telah menahan sebanyak 27 buah bot bersama 31 nelayan tempatan dan 98 warga asing atas pelbagai kesalahan, melibatkan jumlah kompaun RM45,600 dan hasil wang lelong ikan berjumlah RM7,191. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori