Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan SPM 2016 Diumum...

PUTRAJAYA - Tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada...

Konsert Khas Buat Pemuzik...

KUALA LUMPUR - Bagi memperingati legenda muzik rakyat Hungary, Zoltan Kodaly, satu konsert...

Perkasa Wanita Tanggungjawab Semua...

IPOH - Usaha memperkasa wanita adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya terletak...

Warga Indonesia Maut Dalam...

KUANTAN Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah rumah...

Jamal Dipanggil Hari Ini Untuk Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini berhubung perhimpunan di kawasan Petaling Street.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi pada petang ini.

“Dia (Jamal) diminta tampil untuk ke IPD (Ibupejabat Polis Daerah) Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street petang ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Noor Rashid enggan mendedahkan bila masanya untuk Jamal perlu hadir.

Perhimpunan di Petaling Street itu akan diadakan esok bertujuan membantah kehadiran warga asing, yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.


Semalam polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Petaling Street.

Selasa lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya tidak membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan Petaling Street mahupun mana-mana kawasan, yang dilihat boleh menganggu-gugat ketenteraman awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori