Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis Gagal...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negeri dan pegawai kanan yang gagal menangani isu...

SVS Pecah, Tempoh Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Tempoh pemulihan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di...

“Kena Rasuk Gimik Aje...

KUALA TERENGGANU - "Ia hanyalah gimik untuk tarik perhatian pengunjung di Lapangan Terbang...

Seorang Penjenayah Parah Ditembak...

KOTA KINABALU - Seorang penjenayah parah terkena dua das tembakan yang dilepaskan anggota...

Jangan Jadikan Hak Berhimpun Perkara Main-Main

KUALA LUMPUR – Jangan jadikan hak yang dijamin kerajaan untuk berhimpun sebagai satu perkara main-main, kata penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata setiap perhimpunan yang dirancang perlu ada rasional.

“Kita tak nak hanya disebabkan perkara remeh-temeh, sampai nak dibuat satu perhimpunan besar-besaran, kalau boleh cari jalan lebih profesional,” katanya kepada Bernama.

Md Shukri berkata walaupun hak berhimpun dijamin Akta Perhimpunan Aman 2012, namun setiap perkara dilakukan semasa berhimpun adalah juga bersandarkan sistem perundangan negara.

“Kita ada Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) antara lain, ini harus dipatuhi selain disulam dengan etika berhimpun,” katanya.

Md Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rancangan ‘Perhimpunan Rakyat Bersatu’ yang dilapor media bakal dianjur 16 Sept ini, di ibu negara, antara lain sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4 baru-baru ini.

Penganjur perhimpunan berkenaan dilapor memohon pesertanya memakai baju berwarna merah pada hari berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai motif penganjuran perhimpunan yang lebih dikenali sebagai perhimpunan ‘Baju Merah’ berkenaan, Md Shukri berkata: Two wrongs don’t make a right (Dua-dua perhimpunan adalah salah).”


Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata dalam konteks negara pelbagai kaum, sensitiviti antara kaum perlu dilihat.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia itu berkata ini supaya keharmonian yang telah lama terbina tidak terganggu.

“Saya percaya apa sahaja tindakan yang akan diambil, harus berpusatkan kepada pendirian itu. Walaupun ada perbezaan, pendekatan praktikal yang tak memberi kesan kepada keharmonian perlu diambil,” katanya.

Ditanya sama ada beliau setuju sekiranya perhimpunan bersifat perkauman dianjurkan, Pandian berkata beliau bersifat terbuka mengenainya, namun khuatir sejauh mana ia boleh berlangsung tanpa melibatkan unsur-unsur emosional.

“Ini pasti ada. Jadi terserah kemampuan penganjur untuk mengawal mereka. Faktor keselamatan dan keamanan ini harus diambil kira,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan atas faktor keselamatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori