MANCHESTER – Penyerang Manchester United, Adnan Januzaj semalam menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman untuk semusim.
Sebelum ini, kelab Sepanyol, Valencia turut berusaha mendapatkan pemain Belgium ini, namun gagal selepas tidak sempat menyelesaikan perjanjian dengan pasukan dari Old Trafford itu.
Januzaj mempamerkan gambarnya dengan memegang jersi Dortmund bernombor sembilan menerusi akaun Twitter miliknya bersama mesej berbunyi:” Gembira dapat menyertai Dortmund. Bersedia untuk permulaan musim baharu,”.
Dalam kenyataan rasminya menerusi laman web kelab Bundesliga itu, dia berkata: “Borussia Dortmund adalah kelab yang hebat, penyokong mereka sudah tentu adalah menakjubkan.
Saya mahu mencapai kejayaan hebat bersama pasukan,”. Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc pula berkata: “Adnan adalah pemain berbakat besar dan secara teknikal mampu beraksi di bahagian penyerang pasukan kami,”.
Januzaj sudah beraksi bersama United musim ini, namun Louis van Gaal tetap gembira pemain itu berpindah ke Jerman. – Agensi
https://youtu.be/50Uey8L2bhk