Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Kelibat’ Harimau Takutkan Penduduk...

KUANTAN - Penduduk di kawasan Sungai Karang di sini bimbang dan berada dalam...

Unit Siasatan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) akan diperluaskan ke beberapa lokasi...

IWK Mohon Maaf, Tersalah...

KHILAF... Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. memohon maaf susulan kecuaian syarikat itu baru-baru...

RR Aliff Syukri Disewa...

AKUR... Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menyelesaikan kes kereta Rolls Royce miliknya...

JBPM Sedia Bantu Operasi Padam Kebakaran Hutan Di Indonesia

TAWAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan yang berlaku dalam usaha mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang panggilan daripada Indonesia untuk turut serta dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

“Kita sentiasa bersiap sedia, cuma perkara ini melibatkan persetujuan kedua-dua negara dan kita sebenarnya pernah melakukannya iaitu pada 1997 dan tidak bermasalah sekiranya diperlukan,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi kerjanya ke daerah ini, hari ini.

Mengulas mengenai lawatannya itu, Wan Mohd berkata pihaknya bercadang membina jeti konkrit di kawasan perkampungan air yang bertindak sebagai penghalang api dari memusnahkan lebih banyak kediaman jika berlaku kebakaran.

“Banyak perumahan dibina di atas air dan dari segi kebakaran risikonya agak tinggi serta sukar untuk operasi pemadaman. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko kita cadang untuk bina jeti konkrit,” katanya.


Beliau berkata, selain itu pihaknya turut merancang membina balai bomba kedua Tawau bagi menampung keperluan pada masa kini.

“Saya rasa satu balai sahaja tidak cukup untuk bandar ini, jadi saya cadangkan supaya cari tapak yang sesuai untuk bina balai kedua kerana balai sedia ada tidak boleh diperluaskan,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/9qOTXZiZFdM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori