Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Di Sebalik Spekulasi, UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang...

4 LRA Henti Tugas...

KUALA SELANGOR - Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3...

Korban Tanah Runtuh Di...

BOGOTA - Angka korban akibat bencana tanah runtuh di Mocoa, Colombia meningkat kepada...

Al-Quran Panduan Lengkap Kehidupan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penganjuran ‘Quran...

Tragedi Mina: Kisah Jemaah Terkorban Sudah Sedia Kain Kafan

TRAGEDI rempuhan di Mina pastinya meninggalkan satu kenangan pahit buat semua keluarga mangsa yang terkorban.

Salah seorang mangsa terbunuh yang berasal dari Indonesia, Asep Ukanda seakan mengetahui pemergiannya ke tanah suci Makkah adalah merupakan titik pengakhiran dalam kehidupannya apabila dikhabarkan sudah menyediakan kain kafannya sendiri.

Kain itu disimpan di rumahnya.

Menurut adiknya Riri, Asep pernah berpesan kepadanya, bukan rumah, kereta mahupun harta benda yang akan dibawa ketika sudah mati sebaliknya hanya dua bekalan sahaja yang dibawa iaitu kain kafan yang membaluti jenazah dan amal ibadah.

“Arwah memberitahu saya dia sudah menyediakan kelengkapan kain kafan untuk dirinya yang diletakkan di kediamannya kerana menurut dia, kita tidak tidak akan pernah tahu bila Allah akan mengambil nyawa kita,” katanya memetik portal Nasional Tempo.


Sementera itu, isteri Asep, Debi Merlindayani menyatakan kali terakhir dia berkomunikasi dengan suaminya dua hari sebelum kematian Asep.

Asep mengirimkan khidmat pesanan ringkas menyatakan dia meminta maaf kepada Debi sekiranya ada membuat kesalahan terhadap isterinya, seolah-olah mengetahui dia tidak akan bertemu lagi dengan orang kesayangannya itu selepas ini.

Tragedi rempuhan itu mengorbankan 717 dan mencederakan 863 jemaah yang lain. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori