Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pelajar Tahun 1 Mangsa...

KUANTAN - "Pakaian sekolah arwah masih ada yang belum sampai. Alat tulis pun...

45 Individu Disyaki Penagih...

KEPALA BATAS - Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini menahan seramai...

Koleksi Raya Bianco Mimosa...

Koleksi raya yang bakal menjadi sebutan ramai, Bianco Mimosa akan dilancarkan malam ini...

Trump ‘Kantoi’ Intai Kertas...

LOS ANGELES - Undi sepatutnya adalah rahsia, walaupun 'orang rumah' anda sendiri yang...

Jep Sepahtu Akui Ada Teman Wanita, Belum Sedia Kahwin

WALAUPUN sudah menjangkau usia 30-an, pelawak terkenal Jep Sepahtu mengakui  tidak berasa tertekan untuk segera berkahwin seperti rakan-rakan lain yang telah mendirikan rumah tangga.

Bagi Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, dia masih belum bersedia dan dalam masa yang sama ingin memberi fokus kepada ibu bapa dan keluarga terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Dalam pada itu, Jep akui sudah mempunyai teman wanita namun memilih untuk tidak mahu terlalu terbuka mengenai perkara itu kerana bimbang akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

“Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang.

“Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin.

“Saya ada tanggungjawab dan begitu juga dia. Soal jodoh kami pun tidak berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan,” jelasnya kepada mStar Online.


Untitled

Mengulas mengenai kekasih hatinya, Jep meluahkan rasa syukur kerana teman wanitanya itu dapat memahami situasinya yang memerlukan masa sebelum berkahwin.

Sebelum ini, Jep sering dikaitkan dengan pelakon baru Nazeera Sardi. Bagaimanapun, masing-masing tidak pernah mendedahkan hubungan yang terjalin itu.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=decfZMB8c0A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori