PUTRAJAYA – Seramai 173 rakyat Malaysia dipindahkan selepas mereka terjejas teruk akibat jerebu yang melanda Provinsi Riau, terutama di Pekanbaru, Indonesia, pada Jumaat.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam proses memindahkan kumpulan itu yang kebanyakannya adalah pelajar dan ahli keluarga mereka.
Pesawat dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul 2.45 petang ini, tambah kenyataan itu.
Proses pemindahan itu dikendalikan Kementerian Luar bersama Majlis Keselamatan Negara.
Terdahulu, kementerian mengumumkan ia telah membuka bilik operasi untuk memantau keadaan di Riau, selain menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia termasuk pelajar, yang terjejas akibat jerebu di Pekanbaru.
Kerajaan Indoensia telah mengisytiharkan darurat di Riau pada 15 September apabila tahap jerebu di wilayah itu mencapai tahap berbahaya. – BERNAMA