Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JDT Tamat Musim 2015...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) yang tersingkir daripada kejohanan Piala Malaysia...

Baik, Buruk Ayam Import

TINDAKAN kerajaan mengimport ayam sejuk beku merupakan langkah bijak bagi menstabilkan harga keperluan...

i-Citra KWSP Guna Dana...

KUALA LUMPUR - Pengeluaran i-Citra daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggunakan...

Polis Akan Panggil Takiyuddin

PUTRAJAYA - Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),...

Jerebu: 533 Buah Sekolah Di Sarawak Ditutup Esok

KUCHING – Sejumlah 533 buah sekolah rendah dan menengah di tiga bahagian di Sarawak akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin buruk.

Jabatan Pendidikan Sarawak dalam satu kenyataan berkata penutupan sekolah di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman itu akan membabitkan 113,755 murid sekolah rendah dan 86,623 pelajar sekolah menengah.

“Sejumlah 265 buah sekolah rendah dan menengah di empat daerah dalam Bahagian Kuching iaitu Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Padawan akan ditutup. Penutupan ini melibatkan 129,832 orang murid.

Manakala 198 buah sekolah rendah dan menengah di tiga daerah dalam Bahagian Samarahan iaitu Daerah Samarahan, Serian dan Simunjan membabitkan 54,976 murid akan ditutup esok,” kata kenyataan itu.

Bagi Bahagian Sri Aman, sejumlah 70 buah sekolah di Daerah Sri Aman dan Lubok Antu akan ditutup, penutupan melibatkan 14,359 orang pelajar, katanya.


Setakat 12 tengah hari tadi, IPU di Sri Aman mencatatkan bacaan 190, Samarahan (145) dan Kuching (137), iaitu tahap tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori