Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Golongan Muda PKR Jangan...

KUALA LUMPUR - Golongan muda dalam PKR yang mempunyai keinginan untuk berlagak seperti...

Presiden Kenya Tetap Tak...

PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau tidak bersetuju...

Video: Raja Bomoh Buat...

RAJA Bomoh, Ibrahim Mat ZinĀ sekali lagi membuat 'onar' apabila kali ini beliau melakukan...

Pengerusi Bersatu Johor Ganggu...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang didakwa...

Jerebu Dijangka Melanda Semula

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara yang dilaporkan semakin pulih semalam dijangka kembali dilanda jerebu lewat petang ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip memberitahu Bernama, angin taufan tropika yang kini mula terbentuk di timur Filipina akan menolak angin yang membawa jerebu dari Indonesia ke Malaysia.

“Jika ini berlaku, perubahan angin yang biasanya berlaku secara beransur-ansur dijangka akan membawa kembali jerebu lewat petang nanti. Yang pasti bermula esok kualiti udara akan mula terjejas,” katanya.

Beliau berkata keadaan jerebu dijangka berlarutan dalam tempoh antara tujuh hingga 10 hari berikutnya, sementara tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU pula adalah bergantung kepada kelajuan angin taufan tersebut serta kadar aktiviti pembakaran hutan di Indonesia.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 14 kawasan mencatat bacaan IPU sihat setakat 1 tengah hari dengan Sandakan mencatat bacaan (22), Institut Latihan Perindustrian Miri (24), Limbang dan Tanjung Malim (28) dan Kapit (31).

Kawasan lain adalah Keningau (33), Kota Kinabalu (39), Miri dan Kuala Selangor (42), Jerantut dan (45), Kangar (49), Muar (47), dan Bintulu (50).


Sementara 32 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana dengan Banting mencatat bacaan sederhana tinggi 80.

Tiada kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori