Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Polis Nafi Tutup Kes...

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan kononnya siasatan kes rogol pembantu rumah warga...

PRU14: Anggota Keselamatan Tunai...

KUALA LUMPUR - Pengundian awal hari ini bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

“Dianggap Gila, Tapi Ini...

"ORANG tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini...

LHDN Tarik Balik Kes...

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil...

Jerebu: Lapangan Terbang Kerteh Ditutup

KEMAMAN – Keadaan Jerebu di sini yang semakin teruk telah memaksa lapangan terbang Kerteh ditutup kerana jarak penglihatan yang rendah.

Pengurus Komunikasi dan Pehubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi arahan untuk menghentikan sementara operasi semua penerbangan domestik dan perkhidmatan helikopter penghantaran pekerja luar pesisir.

“Lapangan terbang itu telah diarah tutup oleh DCA sejak 10 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.

Malindo Air dan Firefly beroperasi dari lapangan terbang itu.

Sebuah pesawat Malindo Air, yang berlepas pada 11.47 pagi semalam, adalah penerbangan yang terakhir berlepas dari lapangan terbang itu.

“Penerbangan berlepas selepas jarak penglihatan meningkat kepada kira-kira 850 meter,” kata Zamri.


Beliau berkata, penutupan lapangan terbang itu dibuat apabila jarak penglihatan turun kepada 400 meter pada pukul 8 pagi.

“Untuk ia dibuka semula, penglihatan mesti lebih daripada 800 meter untuk pesawat dan 1,500 meter untuk helikopter.”

Jurucakap Malindo Air berkata semua penerbangannya ke lapangan terbang Kerteh antara Rabu dan Isnin telah dibatalkan akibat jerebu yang semakin buruk.

“Para penumpang yang terlibat akan diberi bayaran balik sepenuhnya atau mereka boleh memilih untuk menukar penerbangan mereka apabila operasi disambung pada Selasa,” kata Zamri. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori