Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Daesh Pernah Ancam Bom...

JAKARTA - Anggota-anggota militan Daesh atau juga disebut IS dipercayai melancarkan enam serangan...

Imigresen Perlu Perkenal Kaunter...

PUTRAJAYA : Perkhidmatan kaunter di semua agensi kerajaan perlu mengenal pasti jumlah pelanggan...

Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan mula berkuat...

Padah Berselfie Selepas Menyamun

‎PONTIAN - Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata yang menjadikan warga Pakistan...

Jerebu Makin Teruk! Indeks IPU di 18 Kawasan Meningkat

SEHINGGA jam 3 petang Ahad, 18 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Melaka merekodkan paras paling terjejas teruk akibat jerebu setakat ini.

Di Melaka, kawasan seperti Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167 dan 170.

Jerebu Tidak Halang Pelancong Bersiar-siar Di Melaka

Kualiti IPU tidak sihat turut direkodkan di Selangor, di mana Pelabuhan Klang mencatatkan IPU (151), Banting (162), Kuala Selangor (104), dan Shah Alam (146).

Di Wilayah Persekutuan di kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU (126) dan Cheras (122) manakala Putrajaya (151).

Sementara itu di Johor, dua kawasan mencatatkan IPU pada paras tidak sihat iaitu di Pasir Gudang (106) dan Muar (147).

Nilai, Port Dickson dan Seremban di Negeri Sembilang masing-masing mecatatkan IPU 158, 156 dan 151, manakala Kucing, Samarahan dan Sri Aman, Sarawak mencatakan IPU 117, 120 dan 104.


IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) melaporkan bahawa pembenihan awan hanya akan dilakukan sekiranya IPU di sesuatu kawasan mencatatkan tahap tidak sihat untuk tempoh 72 jam secara konsisten. – Mynewshub.cc

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori