Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pegawai Daerah Sabah Perlu...

TAMBUNAN - Semua pegawai daerah di Sabah diharap dapat memainkan peranan dalam melaksanakan...

Ku Nan Cuti Sakit,...

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap...

Neelofa Jawab 3 Spekulasi,...

BERKENAAN dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan...

Kedudukan Ibrahim Ali Kini...

PETALING JAYA - Kedudukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kini tergugat dan tidak...

Kualiti Udara Baik, Tiada Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan baik pagi ini dengan 17 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat dan tiada kawasan dengan bacaan tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 10 kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat kualiti udara sihat dengan Institut Latihan Perindustrian Miri mencatat bacaan (24), Limbang (28), Kapit (31), Keningau (34), Kota Kinabalu (38), Miri (39), Sibu (43) Kuching dan Sarikei (44) dan Samarahan (50).

Tujuh kawasan lain adalah Tanjung Malim, Perak (25); Muar, Johor (43); Jerantut, Pahang dan Seremban, Negeri Sembilan (45); Petaling Jaya (49) dan Kuala Selangor dan Perai, Pulau Pinang (50).

Sementara 30 kawasan mencatat IPU sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan sederhana tertinggi iaitu 69.


IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori