Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

MB Johor Seru Rakyat...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  menyeru rakyat...

Pahang Cuti 30, 31...

KUANTAN - Pahang memutuskan 30 dan 31 Julai ini sebagai hari kelepasan am...

Dataran Merdeka Kembali ke...

KUALA LUMPUR - Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos...

VIDEO: Bolehkah Nilai Kemanusian...

KLIP video berdurasi 3:27 saat yang dihasilkan oleh Rappers Amerika, Prince Ea ini...

Jerebu: Piala Malaysia Ditunda Jika IPU Lebih 150

KUALA LUMPUR – Perlawanan Piala Malaysia 2015 yang baharu membuka tirai pada Jumaat lalu akan ditunda sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di venue terlibat melebihi 150, kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, bacaan IPU itu akan dibuat setiap sejam pada hari perlawanan dan status sama ada perlawanan di venue terlibat dapat diteruskan akan diputuskan oleh pesuruhjaya perlawanan.

“Kami turut mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan berkaitan isu ini. Jika ada penundaan, tarikh baharu perlawanan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM.

“Kita terpaksa membuat ketetapan hanya pada hari perlawanan kerana jerebu tidak boleh dijangka. Bacaan IPU sentiasa berubah setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM hari ini.


Kesemua lapan aksi pertama peringkat kumpulan telah berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu, manakala lapan lagi aksi dijadualkan pada hujung minggu ini, dengan Kedah menerima kunjungan Terengganu dan pertembungan di antara Kelantan dan Felda United pada Jumaat ini.

Pada hari Sabtu pula, Johor Darul Ta’zim (JDT) II akan menentang Lions XII, Perak menentang Sarawak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertemu JDT, T-Team bertemu Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan Pulau Pinang dan PKNS FC akan menerima kunjungan Pahang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori