Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Bekas KPN Gesa...

KUALA LUMPUR - Dua bekas Ketua Polis Negara menggesa polis menyiasat mana-mana pihak...

Guna Satu Jari Demi...

SITIAWAN - “Ini dugaan kami, harap isteri sentiasa kuat menghadapinya bersama, namun saya...

Arsenal, Biru Dan Lionel...

MINAT Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sukan bola...

Istiadat Angkat Sumpah Exco...

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan...

Jerebu: PIBG SK St Thomas Agih 1,000 Topeng Muka

KUANTAN – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas hari ini mengagihkan sebanyak 1,000 topeng muka kepada lebih 400 murid sekolah berkenaan sebagai langkah menangani keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan Datuk Tengku Abu Nirah Tengku Ahmad berkata topeng muka berkenaan diedarkan sebagai usaha menjaga kesihatan murid terutama bagi mereka yang menghidap penyakit saluran pernafasan dan penyakit kronik lain.

“Ibu bapa diharap tidak bimbang kerana kita telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan dan keselamatan pelajar dalam keadaan berjerebu ini.

“Jadi, salah satu cara yang kita lakukan adalah dengan mengagihkan topeng muka kepada murid dan sebotol air mineral kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas pengagihan topeng muka dan air mineral kepada sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Katanya, topeng muka berkenaan diagihkan bukan sahaja kepada murid malah seluruh kakitangan sekolah berkenaan.

“Kami seboleh-bolehnya mahu Jabatan Pelajaran termasuk pihak sekolah memantau keadaan semasa dan membuat semakan terhadap kesihatan pelajar berikutan bacaan IPU sentiasa berubah-rubah.


“Malah, ibu bapa juga perlu peka terhadap keadaan semasa ini dengan menasihatkan anak mereka memakai topeng dan minum dengan secukupnya,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK St Thomas, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata pihaknya akan sentiasa memantau situasi jerebu serta tahap kesihatan pelajar.

Dalam pada itu, Mohamed Sabri berharap Kementerian Pendidikan menyediakan peruntukan atau membenarkan pihak sekolah menggunakan peruntukan kementerian bagi membolehkan sekolah membekalkan topeng muka kepada pelajar.

“Ini kerana kos untuk membeli topeng agak tinggi sekiranya setiap hari digunakan dan kita tidak tahu bila akan berakhirnya jerebu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori