Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bimbang Hilang Hak, Kuasa...

SHAH ALAM - Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dibimbangi akan kehilangan hak dan kuasanya...

Pelari Maraton Tahan Bas...

New Delhi - Sebuah acara larian maraton berakhir dalam keadaan mengejutkan selepas kereta...

Bunuh Pemandu E-Hailing: Enam...

KOTA KINABALU : Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang...

Umat Islam Wajib Pilih...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia beragama Islam mesti memilih pemimpin berdasarkan pandangan ulama...

Jerebu: Sekolah Ditutup Hari Ini Dibuka Seperti Biasa Selasa

PUTRAJAYA – Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup pada Isnin akibat jerebu akan dibuka seperti biasa Selasa susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan pada Isnin bagaimanapun mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah di seluruh negara agar terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, jika bacaan IPU berubah kepada keadaan tidak sihat pada paras bacaan 101-200 atau sangat tidak sihat pada bacaan 201-300, pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing.

Tindakan boleh dibuat berdasarkan langkah-langkah yang dikeluarkan KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.


Pada Ahad KPM mengumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak, ditutup Isnin ekoran jerebu.

Sehingga pukul 3 petang tadi, bacaan IPU di kawasan terbabit telah menurun ke tahap sederhana (51-100) kecuali di Kuching dan Samarahan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 116 dan 120. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori