Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Wardina Tegur Usahawan Tudung...

WALAUPUN sudah berhijrah menetap di Australia, namun selebriti Wardina Saffiyah Fadhullah Wilmot tetap...

Adegan ‘Bercium’ Sebahagian Jalan...

BEBERAPA hari kebelakangan ini, media sosial dikecohkan dengan kontroversi babak 'bercium' antara Fattah...

Kanak-Kanak Orang Asli Mati...

KUALA LIPIS - Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemui mati lemas di Kampung Saweh,...

Inilah Perkahwinan Paling Praktikal...

TIADA persalinan gah. Tiada persandingan. Tiada hantaran beribu. Tiada dulang berbaris. Tiada jemputan. Tiada kenduri-kendara. Majlis pernikahan pun tiada. Hanya...

Jerebu: Sekolah Seluruh Negara Dibuka Seperti Biasa Esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang teruk, dibuka semula esok.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, sekolah perlu beroperasi seperti biasa kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dipantau sehingga 4 petang ini mendapati hampir semua kawasan menunjukkan penurunan bacaan.

Walaupun berlaku sedikit peningkatan bacaan IPU di sesetengah kawasan, namun ia masih berstatus sederhana dan tidak sihat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tempat tertutup iaitu dalam bilik darjah boleh dilaksanakan.

“Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” kata kenyataan itu.


Jika berlaku perubahan bacaan IPU, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, sehingga 4 petang ini sebanyak 17 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat, 28 kawasan (sederhana) dan tujuh kawasan (baik). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori