Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Maut Langgar Babi Hutan

GUA MUSANG - Seorang pengawal keselamatan maut apabila motosikal ditungganginya merempuh babi hutan...

Sejuta Tahun Lagi Bumi...

BEBERAPA tahun lalu, baju sejuk laris dijual pernah menjadi tajuk tumpuan menghiasi dada...

Dikurung Dalam Keranda, Hanya...

WANITA bernama Colleen Stan ini sebenarnya baru berusia 20 tahun ketika dia diculik...

“Cemar Imej Islam, Neelofa...

PENGACARA, Neelofa boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah...

Jerebu: Singapura Minta Nama Syarikat Lakukan Pembakaran

SINGAPURA – Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan hari ini, berbincang dengan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr Siti Nurbaya Bakar, sebagai susulan kepada suratnya minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata Balakrishnan melahirkan kebimbangan terhadap keadaan jerebu yang teruk, dan mengulangi tawaran bantuan Singapura kepada Indonesia.

Siti Nurbaya menjelaskan bahawa pihak berkuasa Indonesia telahpun menggunakan pelbagai sumber termasuk pesawat dan helikopter serta tentera dan polis, untuk mengawal kebakaran dan menguatkuasakan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau akan berunding dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, yang secara peribadi memantau kembali mengenai tawaran Singapura itu.

Siti Nurbaya juga bersetuju dengan permintaan Balakrishnan untuk Indonesia berkongsi maklumat mengenai nama syarikat yang disyaki menyebabkan kebakaran, sebaik sahaja mereka dapat mengesahkan maklumat dengan membuat pengesahan.


Singapura dan beberapa kawasan di Malaysia kini dilanda jerebu berikutan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Sementara itu, NEA berkata sehinga 7 malam ini, indeks standard pencemaran (PSI) ialah 121-152, dalam lingkungan rendah kepada pertengahan tidak sihat dan zarah terampai (PM) yang terdapat di udara ialah 97-195 µg/m3.

Sepanjang hari ini dan esok, angin diramalkan bertiup dari barat daya dan keadaan jerebu sekarang dijangka berterusan. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori