Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di...

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan yang dibalut sehelai kain ditemui ditinggalkan di...

Pelajar Universiti Nanjing Beratur...

Pada ketika golongan muda di Malaysia menghadiri konsert artis Korea K-Pop, golongan muda...

Ada Tujuh Pesawat Lain...

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan terbang tidak jauh dari tujuh lagi pesawat lain...

Masalah Perumahan Rakyat: Kerajaan...

SANDAKAN - Keperihatinan kerajaan mengatasi masalah rakyat untuk memiliki rumah bukan sekadar 'cakap...

Jerman Laksana Kawalan Sempadan Untuk Kekang Kebanjiran Pendatang

FREILASSING – Jerman memperkenalkan semula kawalan sempadan selepas mengakui tidak dapat lagi menampung kebanjiran pendatang asing yang semakin menjadi beban kepada kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Selepas beberapa jam pengumuman itu, pegawai Imigresen Jerman mula membuat pemeriksaan pasport di pintu masuk ke negara itu yang bersempadan dengan Austria.

Kalangan pemimpin EU akan bermesyuarat di Brussels dalam tempoh terdekat berhubung rancangan kesatuan itu untuk mengagihkan 160,000 pelarian di rantau itu.

Walaupun majoriti warga EU simpati dengan nasib pelarian, sebahagian besar mereka dari Syria, beberapa negara Eropah timur sudah mengingatkan mereka akan menentang rancangan untuk menetapkan kuota kepada setiap negara rantau itu menerima pendatang.

Ketika rantau itu bergelut untuk bertindak balas dengan pergerakan pelarian terbesar sejak Perang Dunia Kedua, langkah mengejut Jerman memperkenalkan kawalan sempadan, dilihat sebagai pusingan U kepada keputusan Chanselor Angela Merkel sebelum ini untuk membuka pintu negara itu kepada pelarian Syria.

Langkah kawalan sempadan bermakna Jerman menamatkan penyertaannya dalam sistem bebas sempadan Schengen, antara pencapaian utama projek penyepaduan Eropah sejak ia dilancarkan pada tahun 1990-an.


“Matlamat langkah ini ialah menghentikan kebanjiran pendatang ke Jerman dan memastikan kestabilan,” kata Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere.

“Pelarian perlu faham bahawa mereka tidak boleh pilih negara mana hendak dituju bagi mendapatkan perlindungan,” katanya sambil menambah Jerman juga menghentikan sementara trafik kereta api dari dan ke Austria.

Tindakan Jerman itu disambut baik Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, negara yang membina pagar sempadan dengan Serbia bagi menghalang kemasukan pendatang.

“Kami faham tindakan Jerman itu perlu untuk mempertahankan nilai Jerman dan Eropah,” katanya yang dipetik akhbar Bild. Jerman yang dijangka menerima 800,000 pendatang tahun ini, sudah mengingatkan bahawa zon bebas pasport menerusi sistem Schengen membabitkan 26 negara semakin terancam jika EU gagal menangani kebanjiran pendatang.

Adalah dianggarkan lebih 430,000 pelarian sudah merentas Mediterranean ke Eropah tahun ini yang mana daripada jumlah itu, 2,748 orang terbunuh atau hilang. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori