Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zahid Dukacita Kejadian Pesawat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan...

4 Maut, 2 Parah...

EMPAT lelaki maut, manakala dua lagi parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan...

Bincang Hudud Tindakan Bodoh...

KUALA LUMPUR - Bodoh dan tiada guna. Itu adalah reaksi Menteri Pelancongan dan...

RM1 Juta Untuk Beri...

KANGAR - Kuala Perlis yang terkenal sebagai pusat makanan laut akan berubah wajah...

JPJ Sambut Baik Cadangan Guna Karung Khas Angkut Bauksit

TEMERLOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut baik cadangan penggunaan karung khas bagi mengangkut bauksit yang bertujuan mengurangkan pencemaran semasa operasi mengangkut bahan mineral itu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Jaafar Mohamed berkata jabatan berkenaan juga sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Pahang, seperti menguatkuasa Akta JPJ berkaitan ketirisan bahan yang diangkut.

“Ia merupakan satu cadangan yang relevan dan sangat praktikal. Apabila kita lihat pelaksanaan yang dibuat sekarang, tidak ada karung menyebabkan debu keluar sehingga ke lebuh raya dan saya pergi melihat sendiri pelabuhan kita dipenuhi debu (bauksit),” katanya.

Jaafar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Puspa Rumpun Makmur, Felcra Rumpun Makmur di sini hari ini, yang menyaksikan seramai 392 peserta pelbagai kaum menerima lesen memandu mereka.

JPJ mempunyai peraturan berkaitan barang yang dimuatkan di dalam lori seperti batu, pasir dan sebagainya tidak boleh terkeluar daripada lori, tambahnya.

Pada 16 Sept lalu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan semua lori yang membawa bauksit perlu menggunakan karung khas selepas sambutan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini.


Penggunaan karung khas itu sebagai langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat melombong bahan mineral itu, dan ia langkah itu dapat mengelakkan debu bauksit daripada jatuh dan mencemarkan jalan raya.

Selain itu, Jaafar juga berkata penguatkuasaan terhadap lori bauksit akan dilakukan secara berterusan melibatkan pelbagai agensi yang diletakkan di bawah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Pejabat Tanah dan Galian.

Mengulas mengenai program SKSJ, Jaafar berkata program yang dimulakan sejak 2009 itu memberi kesan signifikan kepada golongan sasaran apabila 83,121 peserta menerima lesen masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori