Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perang Perdagangan China-As Belum...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia sehingga kini...

Perodua Lakar Pencapaian Besar...

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melakar pencapaian besar apabila...

Liza Hanim Tak Sangka...

SETELAH 21 tahun bergelar penyanyi, Liza Hanim menganggap peluang untuk menjayakan persembahan dengan...

Dewan Rakyat Umum Kekosongan...

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini mengumumkan kekosongan luar jangka bagi bahagian...

Jualan Kraftangan Melebihi Sasaran RMK-10 – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Penjualan kraftangan di Malaysia dari Januari 2011 hingga Julai 2015 mencecah RM1.73 bilion, melebihi sasaran RM1.67 bilion yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Mohamed Nazri, adalah dijangkakan bahawa industri ini akan terus mencapai kemajuan pada tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata, laporan “Global Databased on Creative Economy” Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2013 menyatakan barangan kreatif mencatatkan jumlah kira-kira AS$450 bilion dengan AS$35 bilion adalah seni dan kraf.

Beliau menambah, terdapat masih banyak peluang yang Malaysia boleh menembusi untuk meningkatkan industri krafnya.

“Kami menjangka bahawa industri kraf akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang dan saya menggesa pengusaha kraftangan supaya lebih inovatif dengan reka bentuk untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

“Bagi meningkatkan industri ini, kami juga menyertai festival yang dianjurkan oleh negara-negara lain untuk mempromosi produk kraftangan Malaysia.


“Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah untuk menggiatkan industri tersebut dan menyuntik semangat baharu dalam bentuk persaingan dan kreativiti untuk pembuat kraf Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2015 di sini, malam tadi.

Bertemakan “Kraf Menyatukan Rakyat”, kira-kira 400 pembuat kraf dari 34 negara menyertai festival itu seperti Azerbaijan, Mesir, Jepun, Jordan, Mexico, Mauritius, Turki, Pakistan, Venezuela, Indonesia, Singapura, Peru dan Amerika Syarikat.

Festival yang julung kali diadakan itu akan berlangsung selama empat hari, bermula hari ini dan merangkumi pameran dan penjualan produk kraf, demonstrasi kraf dan persembahan kebudayaan yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Mohamed Nazri menambah, festival itu juga akan menjadi acara tahunan yang diadakan oleh kementerian sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan industri berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori