Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Resepi Snek Churros Yang...

Makanan dari Sepanyol ini semakin hari semakin dikenali dan digemari rakyat Malaysia.Rata-rata kafe...

Aplikasi Mudah Alih Nasional...

KUALA LUMPUR - Aplikasi Mudah Alih Nasional yang membolehkan pelbagai perkhidmatan digital diakses...

Kebakaran Moscow: Bapa Bangga...

KOTA BARU - Sebelum keadaannya semakin tenat, pelajar tahun akhir jurusan perubatan, Rajesh...

Kecoh Bila Peserta Ratu...

BRAZIL – Pertandingan ratu cantik Miss Amazon 2015 bertukar menjadi kecoh apabila seorang peserta...

Kaedah ‘Prime Minister Question Time’ Tarik Minat Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR – ‘Prime Minister Question Time’ yang dilaksanakan Parlimen Australia menarik minat Parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaannya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidangan parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada dalam parlimen negara ini.

“Kita berbincang tentang prosedur dan cara Parlimen (masing-masing) bersidang dan di Malaysia kita tiada kaedah ‘Prime Minister Question Time’.

“Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanakan di Parlimen Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr. Andrew Southcott selama hampir sejam di Bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Difahamkan melalui kaedah itu, Perdana Menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan anggota Parlimen.


Selain itu Pandikar Amin berkata Southcott yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Australia turut berkongsi mengenai tugas dan peranan PAC negara beliau.

“Kita buat perbandingan tugas-tugas PAC seperti yang ada di sini dan satu soal yang timbul ialah adakah di Australia pengerusi PAC mesti daripada pembangkang, kerana itu yang sering dipersoalkan.

“Tapi jawapannya tidak, pengerusi PAC Australia daripada kerajaan, tidak semestinya pembangkang kerana ahli-ahli dalam PAC sudah terdiri daripada parti pembangkang dan lain-lain, bukan semua kerajaan,” katanya.

Pandikar Amin berkata pihaknya juga menerima jemputan untuk mengadakan kunjungan balas ke Parlimen Australia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori