Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

‘Lelaki Ini Gosok Kemaluannya...

SATU perkongsian seorang wanita menerusi laman Facebook memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh...

Juruteknik Komputer Terlepas Tali...

Putrajaya: Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari...

SPRM Teliti Afidavit Campur...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti maklumat afidavit setebal 63...

Mudir Disyaki Berkaitan GISBH...

MACHANG: Seorang mudir sebuah sekolah agama yang disyaki berkaitan GISB Holdings (GISBH) disambung...

KAFA Mahu Tengku Abdullah Kekal Presiden FAM

KUALA LUMPUR – Kedudukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan lebih parah jika Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletakkan jawatan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, perletakan jawatan oleh Tengku Abdullah akan turut melemahkan badan induk itu.

“Perletakan jawatan Presiden akan meletakkan FAM lebih parah dan lebih lemah, yang penting ialah tindakan untuk memperbaiki.

“Tengku Abdullah banyak berjasa kepada bola sepak Malaysia dan Antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Abdullah semalam menyatakan persediaannya untuk berundur sebagai Presiden persatuan itu namun secara berperingkat-peringkat.


Beliau membayangkan jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah.

Pengumuman itu ekoran kekalahan memalukan skuad bola sepak negara 0-10 di tangan Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Annuar berkata, Tengku Abdullah tidak seharusnya dipersalahkan disebalik kekalahan mengaibkan pasukan bola sepak negara itu.

Justeru, beliau berharap Presiden FAM memikirkan semula keputusan tersebut demi kemajuan bola sepak negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori