Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengetua Liwat 2 Pelajar...

BUTTERWORTH - Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini direman tiga hari selepas...

Kisah Gimnas Eli Dan...

SIAPA sangka di sebalik ketangkasan tubuh lembut selaku seorang gimnas kebangsaan, Nur Eli...

Petronas Lancar Dynamic Diesel...

KUALA LUMPUR - Petronas Dagangan Bhd (PDB) hari ini melancarkan Dynamic Diesel Euro...

Kucing Mati Selepas Dicat...

RUSIA – Seekor kucing yang diwarnakan merah jambu oleh pemiliknya yang obses dengan...

“Kami Sudah Bersedia Hadapi Qadsia SC” – Pemain JDT

KUALA LUMPUR – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) telah bersiap sedia dalam segenap aspek untuk berhadapan Qadsia SC di gelanggang lawan di Kuwait pada 29 September ini.

Pemain JDT, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak berkata, beliau dan rakan-rakan akan mengharungi pertembungan separuh akhir Piala AFC 2015 itu ibarat perlawanan akhir.

“Kami sudah bersedia dari segala aspek untuk menentang Qadsia SC di stadium mereka dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC ini.

“Perlawanan bersejarah ini akan kami harungi seperti mana perlawanan akhir. Dengan komitmen tinggi dari barisan kejurulatihan dan para pemain ketika ini, saya pasti keputusan yang baik mampu diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Aidil Zafuan dalam pada itu menegaskan, pasukan JDT adalah sebuah keluarga besar Harimau Selatan dan tiada apa yang mustahil mampu mereka capai bersama.


JDT melakar sejarah apabila berjaya mara ke perlawanan separuh akhir pertama Piala AFC menentang pasukan Qadsia SC.

Perlawanan akan berlangsung pada 29 September 2015 di Stadium Mohammed Al-Hamad Hawally, Kuwait bermula pukul 7.20 malam waktu tempatan atau pukul 12.20 pagi waktu Malaysia. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori