Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zurin Jundi Didakwa Tipu...

KLANG - Pemilik syarikat perancang perkahwinan 'Zurin Jundi' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di...

Agensi Di Bawah KKMM...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyeru agensi di bawahnya agar lebih...

33,000 Pesakit Diabetes Di...

KUALA LUMPUR – Penduduk di kawasan bandar perlu mengubah gaya hidup dan pengambilan...

Hishammuddin Beri Jaminan Terus...

KLUANG - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memberi jaminan untuk terus...

Kanser Payudara, Letak Telefon Bimbit Dalam Bra 10 Tahun

SEORANG wanita berusia 51 tahun, Wendy Holt telah mendedahkan sesuatu yang mengejutkan. Dia mendakwa menghidap kanser payudara susulan sikapnya suka menyimpan telefom bimbit dalam bra selama 10 tahun.

Menurut Holt, dia dahulu memang mempunyai tabiat berkenaan kerana mudah bagi dirinya untuk terus segera mencapai telefon tersebut apabila ia berbunyi.

Holt disahkan menghidap penyakit kanser berkenaan pada 2012 lalu dan sejak itu barah berkenaan telah pun merebak teruk ke bahagian paru-parunya.

Meskipun tiada kajian saintifik yang mengaitkan telefon bimbit dalam bra dan kanser payudara serta tiada sejarah anggota keluarganya menghidap kanser, Holt percaya gelombang radio telefon itu adalah puncanya.

Menyedihkan selepas dia disahkan bebas daripada penyakit itu, Holt mendapat perkhabaran mengejutkan bahawa kansernya kembali menyerang dan kali ini berada di tahap yang kritikal.

Baca: Aktres Hollywood Payudara Besar Nak Pakai Coli Kecil

Juga: Wanita Dilanggar Kereta, Terselamat Sebab Buah Dada

Lagi: Wanita Dipanah Petir, Terselamat Kerana Bra Yang Dipakai

“Saya mendapat telefon bimbit kali pertama pada 1990 dan memandangkan saya mempunyai payudara yang besar, saya telah menyembunyikan telefon saya di situ.


“Telefon itu telah terkena kulit saya dengan 70 peratus melekat padanya selama 10 tahun tetapi saya tidak mengendahkannya,’’ kata Holt yang memiliki firma percetakan digital.

Dia yang mengahwini kekasihnya, Keith Morey, tahun lepas, terpaksa tabah ketika memaklumkan kepada anak perempuannya, Nikki serta tiga orang anak tirinya.

“Saya mula mengetahui ada yang tidak kena pada Januari 2012, namun disebabkan tiada ketulan dikesan pada payudara saya, saya hanya mengabaikannya.

“Pada bulan Februari tahun ini, saya dimaklumkan kanser itu telah merebak dan doktor memberitahu saya hanya ada beberapa bulan untuk hidup,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori