PELIK tapi benar, bintang rap antarabangsa, Kanye West telah mengisytiharkan bahawa dirinya akan bertanding merebut kerusi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 akan datang.
Tidak pasti sejauh mana tahap seriusnya membuat kenyataan sedemikian namun itulah yang diucapkan oleh suami kepada bintang sensasi, Kim Kardashian, ketika berucap di majlis Anugerah Muzik Video (VMA) 2015.
https://vine.co/v/eIpe7qxU2jP
“Saya tidak tahu apa yang akan saya kehilangan selepas ini, tapi itu tidak penting. Ia bukan tentang saya. Ia mengenai idea. Idea baharu. Masyarakat dengan idea. Masyarakat yang percaya kepada kebenaran.
“Ya, saya rasa semua orang boleh meneka saat ini, saya sudah putuskan akan bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2020,” kata Kanye dalam ucapannya pada malam itu.
Kanye menerima anugerah Video Vanguard Michael Jackson yang disampaikan oleh ‘mangsanya’ satu ketika dahulu, Taylor Swift.
Pelantun kepada lagu popular Gold Digger itu pernah membantutkan serta mengacau ucapan kemenangan Taylor Swift di majlis VMA 2009.
Saksikan ucapan penuhnya di bawah ini, apakah penyanyi rap ini betul-betul layak untuk menjadi tonggak utama kepimpinan di Amerika Syarikat? Itu semua terpulang kepada mentaliti masyarakat itu sendiri. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Does he have your vote America? @kanyewest accepts the Video Vanguard award http://t.co/pyg3SBh8gq
— MTV (@MTV) August 31, 2015
https://www.youtube.com/watch?v=NnJD3zqlLh8