Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Batal BR1M Bermakna Zeti...

KALAU BRIM ditamatkan, Zeti wajib letak jawatan sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Negara...

Longgar Syarat Dapatkan Pekerja...

ISKANDAR PUTERI : Kelonggaran mendapatkan pekerja asing dengan kelulusan diberi dalam tempoh tiga...

Media Medium Efektif Pupuk...

MELAKA - Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, media disifatkan medium yang paling efektif...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

KUANTAN - Satu mayat lelaki yang hanya berseluar pendek ditemui terapung di Sungai Pahang berhampiran...

Hakikatnya Kaum Cina Dan India Lebih ‘Rasis’!

KUALA LUMPUR – Bangsa Cina dan India antara bangsa yang mempunyai sikap perkauman yang kuat.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu boleh dilihat melalui cara kaum itu mengekalkan budaya, bahasa dan sistem pendidikan sendiri.

“Sebab itu ke mana juga mereka merantau dan bermastautin mereka membentuk koloni dan `Little India’ atau `Chinatown’ mereka sendiri.

“Mereka juga akan berjuang untuk mengekalkan budaya, bahasa dan juga sistem pendidikan mereka sendiri,” katanya melalui Facebook beliau hari ini.

Annuar bagaimanapun berkata, rasis dalam erti kata cinta atau kasih kepada bangsa sendiri adalah fitrah semula jadi manusia maka ia tidak semestinya negatif.

Malah, kata beliau, mana-mana pihak yang cuba menafikan mereka memiliki fitrah tersebut merupakan satu hipokrasi.


Justeru, katanya, beliau sanggup dilabelkan sebagai rasis kerana mahu mempertahankan hak Melayu dan Islam di negara ini.

“Usah takut digelar rasis hanya kerana berjuang menjaga hak dan maruah bangsa dan agama selagi tidak bertujuan menzalimi sesiapa,” katanya.

Annuar dipercayai berkata demikian ekoran tuduhan pembangkang kononnya ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ bari-baru ini bersifat rasis dan perkauman.

Perhimpunan aman yang menghimpunkan ratusan ribu kaum Melayu di ibu negara itu bertujuan menunjukkan sokongan ke atas kerajaan sedia ada.

Ia berikutan tindakan penyokong pembangkang mengadakan perhimpunan bagi menuntut kerajaan Malaysia diserahkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan lalu. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori