Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ayob Khan Tak Pernah...

AYOB Khan Tak Pernah Gentar: Dia Polis Sejati! Ugutan bunuh terhadap Ketua Cawangan Anti Pengganas...

Rusia Undur Dua Per...

WASHINGTON : Rusia dilaporkan sudah mengundurkan dua per tiga tenteranya dari sekitar kawasan...

Bas, Motosikal Tak Dibenar...

PERKHIDMATAN bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri...

Abu Mayat Chin Peng...

KUALA LUMPUR - Mendiang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng...

Keith Foo Akui Telah Berkahwin Sejak Setahun Lalu

SEJAK kebelakangan ini, boleh dikatakan makin ramai selebriti memilih untuk merahsiakan perkahwinan masing-masing kerana mahukan privasi.

Terbaharu, heboh apabila pelakon kacak Keith Foo dikatakan telah selamat bergelar suami kepada cinta hatinya, Kim Raymond sejak tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya Kim menerusi majalah fesyen dan gaya hidup, EH! yang menampilkan Keith dan Cristina Suzanne sebagai penghias muka depan.

“Ya, kami sudah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan sahaja, semuanya dilakukan tahun lalu,” katanya kepada majalah berkenaan.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Keith menerusi aplikasi WhatsApp masih belum berjawab.


Sebelum ini, pelakon Ariana Rose ini sememangnya pernah mengumumkan ingin berkahwin pada tahun lalu tapi tidak didedahkan secara umum apabila ia telah menjadi kenyataan.

Mungkin Keith ada alasan tersendiri mengapa dia memilih untuk merahsiakan hal itu.

Pasangan ini dijangka bakal diraikan pada penghujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.

Semoga berbahagia diucapkan! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori