KETABAHAN serta kecekalan seorang gadis berusia 19 tahun yang kudung kedua-dua belah kaki menempuh dugaan hidupnya dengan sendiri ini ternyata patut dikagumi.
Wang Juan hilang kedua-dua kakinya sejak berusia 6 tahun kini menjadi inspirasi orang ramai selepas dia berjaya melangkah ke alam kolej di atas usaha kerasnya sendiri.
Dilatih untuk tidak bergantung pada sesiapa, Wang Juan kudung akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya satu ketika dahulu.
Ibunya yang tertekan dengan insiden itu telah membunuh diri dengan terjun ke dalam telaga manakala bapanya telah melarikan diri dan tidak pernah muncul sehingga kini.
Wang Juan tinggal bersama datuk dan neneknya dan terpaksa hidup berdikari sejak daripada kemalangan itu.
“Datuk dan nenek berpesan, saya tidak boleh mengharapkan pertolongan orang lain selamanya, jadi saya terpaksa tolong diri saya diri.
“Jika saya berputus asa dahulu, pasti kehidupan saya malap dan tidak ada masa depan,” kata Wang Juan.
Wang Juan kini diterima masuk ke dalam Kolej Shangqiu di Henan. Kolej itu juga telah mengurangkan yuran gadis itu selama 4 tahun malah memberi wang saku kepadanya sebanyak RM270 sebulan.
Di samping itu juga, pihak kolej berkenaan juga telah menukar kediaman Wang Juan ke tingkat bawah untuk memudahkan pergerakan gadis itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=YIxZ1uBKXe0