Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Runtuhan Kren Makkah: Waris...

PUTRAJAYA - Seramai tujuh waris jemaah yang terkorban dalam insiden runtuhan kren pada...

Polis Dungun Sita 96...

DUNGUN - Sebanyak 96 buah motosikal disita dalam Operasi membanteras Samseng Jalan Raya...

Yuna Sudah Bertunang Dengan...

SEBELUM ini, memang ada desas-desus mendakwa penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih dikenali...

Mayat Wanita Ditemui, Pencarian...

KUCHING - Mayat seorang wanita ditemui dan pasukan penyelamat mencari helikopter yang hilang...

Kelab Media Pahang Tunai Ibadah Korban

KUANTAN – Kelab Media Pahang (KMP) tidak ketinggalan terlibat dalam program ibadah korban anjuran Parlimen Paya Besar di sini hari ini.

Selain menerima seekor lembu korban daripada Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, wakil KMP turut terlibat dalam proses menyembelih, melapah dan mengagihkan daging.

Abdul Manan berkata sumbangan lembu korban itu adalah sebagai menghargai sumbangan pengamal media yang sering memberi sokongan kepada program di kawasan Parlimen berkenaan.

“Lazimnya kita jemput wakil media membuat liputan, namun untuk tahun ini, kita menyumbangkan seekor lembu kepada kelab media. Rezeki ini turut dikongsi bersama keluarga mereka dan masyarakat setempat,” katanya selepas tamat program itu.

Turut hadir, Presiden KMP Datuk Nik Naizi Husin.


Abdul Manan memberitahu untuk tahun ini, sebanyak 52 lembu dikorbankan dalam pelbagai program korban sekitar kawasan Parlimen itu yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir, Abdul Manan berkata pihaknya telah mengenal pasti satu kawasan tanah tinggi yang sesuai dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bersepadu.

Katanya, PPS itu perlu memandangkan kawasan rendah di Parlimen itu seperti di Sungai Isap, Permatang Badak dan Bukit Rangin sering dinaiki air pada musim tengkujuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori