Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Azmin Hanya Boneka DAP,...

GEMPUR... Tan Sri Muhammad Muhd. Taib bersedia kerjasama dengan seorang lagi bekas menteri...

SPNB Terima Lebih 90,000...

KULIM - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 91,206 permohonan Rumah Mesra...

Belum Ada Tawaran Lanjutkan...

MELAKA - Masa depan jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris terus menjadi...

“Tak Perlu Pertikai Persahabatan...

PELAKON baharu, Zahirah Macwilson tidak mahu hubungan persahabatan baiknya dengan aktres terkenal, Nur...

Kelibat Kapal Selam Asing Cetus Tanda Tanya

BUTTERWORTH – Kelibat kapal selam Tentera Laut Diraja Australia ‘HMAS Sheean’ menarik perhatian penumpang feri Pulau Pinang ketika belayar untuk berlabuh di Terminal Pelabuhan Kargo, di sini, pagi Isnin.

Kehadiran kapal selam bersama 60 anggota dan pegawai berkenaan sebenarnya untuk tujuan latihan bersama-sama dengan Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, pada Oktober ini.

Kemunculan kapal selam berkuasa diesel elektrik yang lengkap dengan persenjataan peluru berpandu itu mencetuskan tanda tanya kepada orang ramai ketika melalui kawasan laluan feri di sini.

Kebanyakan penumpang feri yang cukup teruja sempat mengambil gambar dan merakam video aset ketenteraan armada laut Australia itu.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, latihan membabitkan HMAS Sheean dan KD Tunku Abdul Rahman itu mula dijalankan sejak September lalu, di Kota Kinabalu, Sabah.


“Kehadiran HMAS Sheean di dermaga Pelabuhan Awam Pulau Pinang ini bagi memberi peluang kepada anak kapal untuk berehat sebelum meneruskan rutin mereka yang dijadualkan pada 8 Oktober ini.

“Mereka akan menjalani latihan bersama KD Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah, pada Oktober ini, sebelum belayar balik ke Pangkalan Armada di Barat Australia,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pergerakan HMAS Sheean kini dipantau rapi kapal TLDM bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku berikutan kawasan berkenaan hampir sibuk dengan laluan kapal dagang dan feri.

“Lokasi HMAS Sheean berlabuh tidak mengganggu lalu lintas kapal dagang dan feri, bagaimanapun pihak TLDM menempatkan pegawai untuk memastikan keadaan terkawal,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori