Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiada Unsur Jenayah Pelajar...

KUANTAN - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau kecuaian dalam kematian seorang pelajar...

Hamilton Mula Petak Depan...

SEPANG - Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan F1 Petronas...

Jerebu: Ketampakan Rendah Di...

KUALA LUMPUR - Ketampakan rendah kurang daripada tiga kilometer di perairan Perlis, Kedah,...

Bayi Dengan 31 Jari...

BEIJING - Seorang bayi berusia enam bulan yang dilahirkan dengan 15 jari tangan...

Kematian Akibat Selfie Lebih Tinggi Daripada Serangan Jerung

TERJATUH dari Taj Mahal, terjatuh dari jambatan dan terkena renjatan elektrik. Semua kes kemalangan itu berlaku ketika mangsa cuba berselfie. Kemalangan berkenaan juga mengakibatkan mereka kehilangan nyawa.

Berdasarkan fakta, kematian melibatkan selfie pada tahun ini lebih banyak berlaku berbanding kematian akibat serangan jerung.

Sekurang-kurangnya 12 kes kematian akibat selfie dilaporkan berbanding hanya lapan orang yang terkorban selepas diserang jerung.

Obses kepada selfie telah menyebabkan sesetengah negara memperkenalkan pendekatan bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat selfie.

Baca: Kayu Selfie Diharamkan Di 1,195 Stesen Kereta Api Laju Jepun

Australia misalnya, pihak berkuasa telah mengepung sebuah batu setinggi 16 tingkat yang menyerupai kek perkahwinan kerana ia menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar.


Langkah tersebut diambil kerana bimbang ia akan runtuh pada bila-bila masa.

Di Rusia pula, poster telah disebarkan bagi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berselfie sambil memegang pistol kerana ada seorang remaja yang maut akibat tertembak kepala sendiri, ketika asyik berselfie.

Moral ceritanya ialah bukan serangan jerung semata-mata boleh menyebabkan kematian seperti yang disangka selama ini. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori