Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pengharaman Komik Kontroversi ‘Superman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi mengekalkan pengharaman buku komik kontroversial 'Inisiatif Jalur dan...

Al-Quran Abad 18 M,...

SEBUAH video berdurasi 20 saat yang dikongsikan di laman Facebook, telah menarik perhatian...

Jam Rolex, Beg Tangan...

IPOH - Beg berjenama Fendi, Chanel dan Hermes serta jam tangan Rolex antara...

Mumia Berusia 1,500 Tahun...

MENGEJUTKAN... Sepasang kasut Adidas telah ditemui pada mumia berusia 1,500 tahun milik seorang...

Kempen Black Dot Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga

MANGSA keganasan domestik kini mempunyai cara baru untuk meminta bantuan ramai, tanpa perlu menyuarakan apa yang berlaku dalam hidup mereka, iaitu dengan menandakan titik hitam di tapak tangan.

Ia merupakan kempen Black Dot yang bertujuan untuk mengenalpasti mangsa keganasan rumah tangga tetapi takut untuk menyuarakan atau menceritakan mengenainya.

“Ia adalah kempen untuk membantu mereka. Mangsa hanya perlu lukis titik hitam di tangan mereka bagi membolehkan agensi, keluarga, rakam, pusat komuniti, doktor serta hospital membantu,’’ kata penganjur kempen itu dalam laman Facebooknya.

Bagaimanapun kempen tersebut bukan satu penyelesaian sempurna kerana titik hitam pada tapak tangan boleh disalaherti sebagai tarikh lahir.

Ia juga membolehkan pendera mengetahui mengenai maksud titik hitam berkenaan dan jika mereka melihat terdapat tanda berkenaan pada tangan mangsa, mungkin keganasan akan menjadi lebih teruk.


Namun dari aspek positif pula, orang ramai kini mencari kaedah yang berkesan sebagai teknik membantu mangsa yang menderita.

Jika ia dapat membantu seorang mangsa keganasan itu, ia adalah besar maknanya kepada penganjur kempen. - MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/_7XjB97Z1Fg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori