Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tangguh ICERD Reda Ketegangan...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

KPM Cari Mekanisme Selesai...

PEDU - Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah tunggakan pembayaran...

Murid Salam ‘Pak Guard’...

KENINGAU - Video yang memaparkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan, Keningau bersalaman dengan...

Aswaja Minta Mufti P.Pinang...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau...

KESAS Nafi Ada Kemalangan Lumba Haram ‘Berapi’

KUALA LUMPUR – Kesas Sdn. Bhd. (KESAS) tidak dapat mengesahkan rakaman video kemalangan jalan raya melibatkan pelumba haram yang didakwa berlaku di lebuh raya berkenaan awal pagi Selasa.

KESAS dalam satu kenyataan media memberitahu, rekod syarikat konsesi lebuh raya itu bagaimanapun menunjukkan terdapat satu kemalangan dilaporkan pukul 5.17 pagi pada 22 September lalu di lebuh raya KESAS.

“KESAS dengan ini menjelaskan berhubung video kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang telah menjadi viral di media sosial. Pihak KESAS tidak dapat mengesahkan lokasi dan masa kejadian tersebut.

Baca: Video Detik Cemas Pelumba Haram Kemalangan Di Kesas

“Namun ada satu kemalangan di KM29.70 arah Timur melibatkan sebuah MPV dan motosikal. Tiada sebarang mangsa dilaporkan pada masa pasukan peronda KESAS tiba di tempat kejadian,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Beberapa rakaman video aksi kemalangan membabitkan beberapa pelumba motosikal haram yang didakwa berlaku di lebuh raya KESAS awal pagi 22 September kini menjadi viral di media sosial tempatan.


Enam pelumba motosikal haram terbabit dipercayai hilang kawalan apabila cuba memotong sebuah kereta Proton Exora semasa mereka sedang berlumba di lebuh raya itu.

Rempuhan tersebut menyebabkan beberapa pelumba terbabas dan terseret di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter bersama percikan api. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori