Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dahulu Pendiam, Kini Usahawan...

SIAPA sangka seorang yang dahulunya pendiam dan hanya melakukan pekerjaan seharian tanpa menghiraukan keadaan...

“Saya Jual Syarikat Kerana...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,...

Keputusan Najib Rombak Kabinet...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meminta kesemua...

Muhyiddin Dengar Keluh Kesah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bertanya khabar,...

Keputusan PAS Tidak Sertai Bersih 4 Tepat – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Keputusan PAS tidak bersama dalam perhimpunan haram Bersih 4 merupakan satu tindakan yang tepat.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkara itu terbukti dengan perbuatan Bersih 4 mengadakan upacara memijak-mijak gambar Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kejadian memijak gambar Presiden PAS pada perhimpunan tersebut, walaupun masih tiada yang mengaku bertangggungjawab adalah membenarkan kebimbangan PAS tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu menjelaskan PAS tidak mahu terjebak dengan permainan politik fitnah, provokasi melampau dan memisahkan diri daripada petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

Menurutnya, peranan PAS dalam masyarakat adalah menyeru kepada keislahan dan kemakrufan serta menentang kefasadan dan kemungkaran.

“Seruan kepada politik bebas berfikir, bebas bersuara dan bebas memilih hendaklah juga disertai dengan etika dan akhlak yang mulia.


“Negara tidak akan maju jika pemimpin dan rakyatnya gagal menjunjung kemuliaan dan ketinggian insani,” katanya.

Perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk lesbian dan gay pada 29 dan 30 Ogos lalu gagal meraih sokongan ramai rakyat Malaysia.

Peserta perhimpunan itu turut bertindak biadap dengan memijak-mijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama (Islam) Sedunia dalam satu upacara semasa perhimpunan haram itu diadakan. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=vXJUCjBCIiw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori