Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

E-Kehakiman Malaysia Tarik Perhatian...

KUALA LUMPUR – Konsep Mahkamah Elektronik (e-Kehakiman) yang diamalkan di Malaysia mendapat perhatian...

Kes Doping Chong Wei:...

KUALA LUMPUR - Tarikh bagi panel mendengar kes doping jaguh badminton negara Datuk...

Mangsa Kebakaran Terima RM10,000...

BAGAN SERAI - Sebuah keluarga yang kerugian lebih RM250,000 selepas rumah mereka di...

Bagai Magis, Kucing Kembali...

SIAPA sangka, kucing comel bernama Chloe ini akan kembali kepada tuannya selepas 6...

Kerajaan Mahu Maklum Balas Masyarakat Bagi Input Bajet 2016

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan maklum balas semua lapisan masyarakat sebagai input bagi penggubalan Bajet 2016 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Okt, 2015.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata proses penyediaan Bajet 2016 sedang berjalan lancar, bermula dengan Majlis Konsultasi Bajet 2016 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Jun 2015.

Beliau berkata satu siri mesyuarat kumpulan fokus telah diadakan pada Ogos, dengan mesyuarat pertama daripada siri itu diadakan pada 4 Ogos.

Mesyuarat yang bertajuk “Meningkatkan Keterangkuman untuk Kesejahteraan Rakyat” itu memberi penekanan kepada meningkatkan pendapatan isi rumah kumpulan 40 peratus terendah dalam piramid pendapatan (B40) ke arah masyarakat berpendapatan sederhana.

“Pada  dasarnya,  Rancangan  Malaysia  Ke-­11  akan  dijadikan  teras  dalam  merangka  strategi-strategi Bajet  2016.

“Ia akan menggariskan inisiatif dan langkah-langkah bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, meskipun berhadapan cabaran ketidaktentuan ekonomi global terutamanya harga minyak yang turun secara mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Husni berkata, kerajaan akan memastikan kedudukan ekonomi, perbankan dan pasaran modal terus kukuh dan langkah sewajarnya akan digubal bagi menentukan sentimen dan keyakinan pelabur dapat dipertingkatkan.

“Di samping  itu,  inisiatif  strategik lain meliputi peningkatan eksport, merancak sektor pelancongan dan teknologi hijau serta memperkasa keusahawanan dan perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.


Beliau berkata Bajet 2016 juga memberi penekanan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat terutamanya kebajikan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas dalam menangani kos sara hidup.

“Justeru, kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada penambahbaikan taraf dan kualiti hidup rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak melalui usaha meningkatkan pendapatan isi rumah B40, memperluas penyediaan infrastruktur asas luar bandar dan meningkatkan jaringan perhubungan antara luar bandar dan bandar,” katanya.

Selain itu, katanya, Bajet 2016 juga akan menumpu kepada penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti.

Menurutnya, usaha membina rumah mampu milik akan terus diperkukuh melalui inisiatif dan polisi baharu yang akan diumumkan kelak.

Di samping Majlis Konsultasi Bajet dan mesyuarat kumpulan fokus, Kerajaan meneliti setiap memorandum dan kertas cadangan yang diterima serta mengadakan konsultasi khas bersama agensi terpilih, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori