Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Jaguh Lompat Tinggi...

DUA jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei masing-masing...

Isu Berbuka Puasa, AJK...

JOHOR BAHRU - Jawatankuasa Gurdwara Sahib Johor Bahru menegaskan pihaknya langsung tidak dimaklumkan...

Malaysia Pastikan Hubungan Lebih...

BEIJING – Kuala Lumpur akan berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan...

Angkara Pisang Setandan, Buruh...

ALOR SETAR - Padah mencuri setandan pisang, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 hari...

Kerajaan Sarawak Mahu Lahir Ramai Tenaga Kerja Mahir

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak komited melahirkan ramai tenaga kerja mahir bagi menampung keperluan dalam pelbagai bidang kerja menjelang tahun 2030 takala Sarawak mencapai status negeri termaju dan berpendapatan tinggi.

Menegaskan demikian, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri juga bersungguh-sungguh membuka peluang pekerajaan untuk belia menerusi pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Sehubungan itu, katanya golongan belia perlu bijak melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan.

“Pendidikan adalah asas dan anda (belia) perlu menimba ilmu dan latihan kemahiran yang tepat,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Belia Tegas 2015 di sini hari ini.

Abang Johari berkata belia hari ini harus bijak berfikir dan memiliki kemahiran tertentu supaya mereka bukan sahaja boleh mendapatkan pekerjaan di dalam negeri tetapi juga di luar negara.


Turut berucap pada majlis itu ialah pengerusi TEGAS yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak.

Beliau berkata Forum Belia Tegas bermatlamat memperkasakan belia Sarawak dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional, kepimpinan, keusahawanan, inovasi, sukan ekstrem dan seni kreatif.

Selain itu, katanya ia juga bagi meningkatkan kesedaran belia Sarawak mengenai SCORE serta mengupayakan belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori