Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rooney Minta Hormat Sikit

LONDON - Wayne Rooney menggesa pemain bintang kurang menyerlah Manchester United supaya menunjukkan...

4 Maut Pesawat Terhempas...

GENEVA - Empat orang terkorban selepas sebuah pesawat ringan terhempas di puncak glasier...

Seni Lukisan Mampu Satukan...

KUALA LUMPUR - Seni lukisan mampu menyatukan rakyat dalam menzahirkan rasa cinta kepada...

Projek Yang Disokong China...

PETALING JAYA — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan bahawa kajian masih...

Kerjasama Akrab Kunci Pembangunan Di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Kerjasama akrab kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak menjadi kunci kepada kejayaan pelaksanaan program pembangunan di kedua-dua negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata hubungan amat intim, akrab dan saling mempercayai antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menjadi rahsia mengapa beliau boleh membuat pengumuman demi pengumuman mengenai pelaksanaan program pembangunan kedua-dua negeri itu.

“Saya ingin rakyat pertahankan hubungan yang akrab ini dan memastikan Sabah lebih maju di bawah pimpinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan beberapa menteri persekutuan dan negeri.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan tetap akan memperjuangan untung nasib rakyat Sabah.

Katanya Sabah penting dalam konteks perpaduan nasional disebabkan masa depan kestabilan Malaysia bergantung kepada penyertaan sepenuhnya dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya kerajaan mementingkan masa depan semua lapisan rakyatnya dan diperjuangkan dengan satu kesatuan bersama.

“Rakyat di Semenanjung Malaysia mengimpikan negara aman, harmoni, pekerjaan terjamin, kemudahan asas, pendapat tinggi dan kualiti hidup baik. Rakyat Sabah juga punya impian sama.

“Inilah kita perjuangkan dengan satu kesatuan bersama. Sehati sejiwa, seia sekata, senada seirama, Sabah Merdeka dalam Malaysia, Sabah tatap berjaya,” katanya.


Najib berkata keputusan kerajaan pusat melaksanakan pemerkasaan kuasa kepada kerjaan negeri Sabah merupakan satu keputusan tepat dan patut dilakukan.

Katanya kerajaan pusat menghormati hak kerajaan negeri sejajar dengan pendekatan kerajaan mendengar isi hati rakyat.

“Apa isi hati rakyat Sabah mesti kita dengar…rakyat Sabah ingin peranan besar dan mesti kita dengar.

“Kerajaan negeri mahu tentukan projek pembangunan dan tempat projek itu dilaksanakan kita mesti dengar. Inilah saya kata kita mesti dengar isi hati rakyat,” katanya.

Najib berkata rakyat Sabah membuat keputusan betul menyertai Malaysia pada 52 tahun lepas.

Katanya selama 52 tahun lepas, kerajaan Barisan Nasional telah membuat perubahan besar pada bumi Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori