Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LRT Tergendala, Rapid KL...

PENGENDALI perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Rapid KL, memohon maaf kepada semua penumpang yang...

47 Kanak-Kanak Maut Akibat...

KUALA LUMPUR - Seramai 47 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di negara...

Jerebu Landa Sarawak

KUCHING : Sekurang-kurangnya lima kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana...

Pecah Stesen Minyak, Anggota...

PETALING JAYA - Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Kerjasama K’jaan Selangor, Amanah Tiada Kaitan P’tadbiran Negeri

SABAK BERNAM – Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerjasama kerajaan Selangor dengan Parti Amanah Negara (Amanah) hanya membabitkan agenda politik pakatan pembangkang semata-mata dan tidak berkaitan dengan sistem pentadbiran negeri.

Beliau berkata kerajaan Selangor kekal dengan pentadbiran sedia ada sehingga tiba pilihan raya umum akan datang.

“Kita bekerjasama dengan semua parti dan individu yang komited kepada agenda reformasi (pakatan pembangkang).

“Pakatan Harapan itu dibentuk setelah kerajaan Selangor ditubuhkan… Kerajaan Selangor (sedia ada) akan kekal utuh dan pentadbirannya diteruskan hingga tamat tempoh penggal ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Korban Perdana sempena Aidiladha peringkat Sabak Bernam di sini, hari ini.


Pakatan Harapan membabitkan parti-parti pembangkang DAP, PKR dan dan Amanah, yang merupakan parti baharu ditubuhkan oleh kumpulan serpihan PAS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori