Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

‘Dottie’ Akur Tawaran Kurang...

PETALING JAYA - Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dottie iaitu Nur Syuhaida...

Pihak Cuba Keruhkan Hubungan...

KULIM - Pihak polis memberi amaran ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan...

Suhakam Pertikai Kongres Maruah...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Lim Wei Jiet...

Noor Nabila Fail Permohonan...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd. Noor memfailkan...

Kes Denggi Di Kelantan Turun 83 Peratus

KOTA BAHARU – Kelantan mencatatkan penurunan kes denggi sebanyak 83 peratus kepada 1,746 kes bagi tempoh Januari hingga 5 Sept tahun ini berbanding 10,331 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Dr Ramli Mamat berkata perkembangan positif itu hasil langkah kawalan dan pencegahan secara rutin yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan selain pemerkasaan aktiviti pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

“Kes kematian akibat wabak denggi juga menurun kepada empat kes berbanding 16 kematian tahun lepas sepanjang tempoh sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Jajahan Kota Baharu di Pondok Terusan, Pasir Tumboh di sini, Khamis.

Beliau berkata bagaimanapun selepas musim perayaan terdapat peningkatan kes denggi mingguan yang direkodkan di beberapa jajahan termasuk Kota Baharu, Pasir Mas dan Gua Musang.

Sehubungan itu katanya, langkah kawalan dan pencegahan akan diperkasa di lokasi yang dikenal pasti terutama di Kota Baharu yang mencatat kes tertinggi iaitu 792 kes setakat ini.


Beliau berkata antara aktiviti kawalan itu termasuk Semburan Ruang Thermal (SRT), penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes dan semburan Ultra Low Volume (ULV) di semua kawasan yang berisiko.

“Aktiviti penguatkuasaan juga telah dipergiat dan dilakukan di semua premis yang diperiksa bagi memastikan wabak denggi dapat dikawal,” katanya.

Dr Ramli berkata hasil analisis tahun ini mendapati masih banyak tempat pembiakan nyamuk aedes dijumpai di luar kawasan rumah terutama dalam bekas plastik terbuang dan bahan terpakai.

Katanya, langkah pencegahan secara efektif perlu terus dilakukan oleh masyarakat melalui penjagaan kebersihan di sekitar kediaman bagi membasmi lokasi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori