AKHIR Julai lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang media tergempar di ibu pejabat DAP di ibu negara nyata lebih banyak berdolak-dalik dalam isu fitnah terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sidang akhbar tersebut pada asalnya diadakan bagi ‘menghentam’ Jabatan Imigresen Malaysia yang bertindak menghalang beliau ke Indonesia kononnya bimbang pemimpin DAP itu cuba melarikan diri ke luar negara.
Memang ketika itu terdengar kuat desas-desus ramai tokoh pembangkang mahu ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅcabut lariĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ ke negara asing susulan pendedahan bekas staf PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang ditahan pihak polis Thailand.
Hakikatnya berani kerana benar, takut kerana salah. Bukanlah benda pelik pihak imigresen sekat rakyat Malaysia ke luar negara atas pelbagai sebab, namun cara Pua memberi alasan seolah-olah ia agenda jahat berbaur politik.
Begitulah liciknya portal propembangkang waktu itu memutar belit keadaan dan hasut rakyat konon ramai pemimpin pembangkang bakal ditangkap selepas permit akhbar The Edge digantung Kementerian Dalam Negeri.
Bagaimanapun segala-galanya terbongkar sedikit demi sedikit selepas akhbar The Straits Times Singapura mendedahkan wawancara eksklusif Justo di Thailand yang merungkai rahsia komplot jahat pihak pembangkang.
Pada Selasa, Pua akhirnya mengaku memperkenalkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, individu dalang kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada pihak The Edge Media Group.
Pua terpaksa membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes Justo, tetapi pada masa sama menegaskan beliau tiada pula apa-apa kaitan terhadap kebocoran maklumat atau sebarang transaksi lumayan.
Baca: Tony Pua Pun Kecut Perut ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢ā¬Å Mengaku Kenal Clare
Anehnya Pua enggan jawab ketika ditanya sama ada munasabah bagi individu menjadi orang tengah penjualan komoditi bernilai AS$2 juta (RM8.6 juta), tidak mahu tahu apa cuba dijual, kesahihan atau sumbernya.
Pua turut ditanya pemberita sama ada menyedari ketika itu beliau membantu penjualan data yang dicuri. Semasa menjawab, Pua bertanya sama ada wartawan akhbar tertentu cuba melemparkan tuduhan jahat terhadapnya.
Berdasarkan dokumen siasatan pihak Thailand, Clare yang bertindak sebagai broker Justo dalam penjualan data dicuri daripada PetroSaudi, ada menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu dia bersama Pua.
Mereka atur jualan data dicuri itu kepada pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong. Nama Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan transkrip mesej aplikasi WhatsApp selama tiga bulan.
Ia membabitkan Clare dan Justo (mereka masing-masing menggunakan nama samaran Athene Ban dan Fullerton) dengan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.
Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Clare bagi membincangkan bayaran dijanji tetapi belum dilunaskan, Clare beritahu JustoĆāĆĀ (terjemahan): “Saya sudah minta Tony atur pertemuanĆāĆĀ dengan Tong.”
Justo dalam balasannya, meminta Clare menguruskan perkara itu dan berkata: “Anda buat keputusan, saya sangka Tony ada kelebihannya. Jika mereka tidak pedulikan Tony, apa yang orang lain boleh buatĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ.
Clare menjawab: “OK. Tunggu Tony untuk menyelesaikan perkara ini. Dia memperkenalkan saya dan sudah terbabit. Saya mengandaikan tiada pihak yang mahu menarik diri.”
Baca: WhatsApp Bongkar Komplot Jahat Sarawak Report Guling PM
Dalam perbualan menggambarkan kesabaran Justo makin tipis, Clare didakwa berkata: ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āSaya sudah beritahu Tony, kalau dia tak bayar, dia akan dilihat seperti berurusan dengan saya pada ketika anda (Justo) ugut (untuk dedahkan perjanjian).”
Pua pernah dipanggil ke Bukit Aman pada 4 September lalu untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya berkaitan isu 1MDB yang kemudian didapati berunsur fitnah dan cuba mengelirukan rakyat.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas itu, Pua memberitahu bahawa pihak polis bertanya sama ada dia mengenali Clare dan Justo yang banyak dijadikan rujukan menerusi portal Sarawak Report dalam isu 1MDB.
Dia tegas berkata: “Saya beritahu polis bahawa saya kenal Clare dan pernah menemuinya di London sebelum ini. Bagaimanapun, saya tidak kenal Justo dan tidak pernah menemuinyaĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu turut bangga memberitahu enggan menjawab beberapa soalan lain yang dikemukakan pihak Polis dan menggunakan haknya di bawah undang-undang untuk berdiam diri.
Sebuah akhbar tempatan menghubungi Timbalan Pengarah (Siasatan dan Undang-Undang) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Amar Singh, yang sebelum ini mengesahkan Pua pernah dipanggil pihak polis.
Akhbar tersebut bertanya sama ada Pua ada menyebut mengenai pernah menjadi orang tengah antara Clare dan Kooi Ong sekali gus bermakna Pua mesti mengenali Justo kerana namanya turut disebut dalam pengakuan Justo.
Amar dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata, ia tidak ada disebut sama sekali ketika disoal siasat sebelum ini dan menambah polis akan mengkaji bukti baharu tersebut.
Pua sebaliknya dilaporkan berkata, dia disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana memiliki dokumen dan penerbitan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Baca: Pengakuan Bertulis Justo Tunjuk Usaha Terperinci Guling Kerajaan
Susulan pendedahan terbaharu Justo itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata polis menerima kerjasama pihak berkuasa Thailand dan akan melakukan segala yang perlu.
Ini termasuk membuka semula kertas siasatan baharu terhadap mereka yang pernah terbabit dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih sah menerusi sistem proses demokrasi adil dan telus.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āIni (prosedur) biasa, ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ katanya. Sementara itu bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu sebuah akhbar tempatan, Pua tidak pernah menyatakan sebarang pengetahuan terhadap data yang dicuri.
Bahka Pua juga tidak pernah bercerita sebarang rundingan mengenainya kepada Jawatankuasa Parlimen, yang bersidang dari Mei ke Julai lalu sebelum ia digantung sementara bagi menyiasat 1MDB.
Rundingan berkaitan data yang dicuri itu bermula seawal Mac lalu sebelum berakhir secara tiba-tiba pada akhir Jun apabila Justo ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugus bekas majikannya.
Dalam pengakuannya, Justo berkata, dia berterus-terang kepada pihak terbabit mengenai data yang dicurinya, sambil menambah Kooi Ong beri jaminan tiada apa yang perlu risau dan ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅbeliau akan menguruskan semuanya’.
“Saya tidak mengubah atau memalsukan data tersebut, tetapi saya tidak tahu apa yang Clare, Tong dan Ho Kay Tat lakukan selepas memberinya kepada mereka.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āApa yang saya tahu ialah apabila saya lihat data asal PetroSaudi berkaitan urusan dengan 1MDB, saya tidak nampak sebarang salah laku,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ kata Justo dipetik dalam dokumen terbabit.
Julai lalu, Protection Group International (PGI), sebuah firma penyiasat maklumat siber antarabangsa berkata maklumat yang disiarkan oleh portalĆāĆĀ Sarawak Report berhubung 1MDB didapati ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅTidak Konsisten’.
Maklumat tersebut juga ĆāĆĀ ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅtidak boleh dipercayaiĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ selain wujud beberapa aspek tidak konsisten antara maklumat asal dengan apa yang disiarkan kemudian dan diterbitkan di portalĆāĆĀ Sarawak Report.
Firma keselamatan siber berkenaan dilantik oleh pihak PetroSaudi untuk menyiasat kesahihan sumber data yang disiarkan secara onlineĆāĆĀ oleh Sarawak Report dan mengesahkan tahap kebolehpercayaannya.
Pada 24 Jun, pihak 1MDB berkata siasatan ke atas Justo mendapati beberapa e-mel berkaitan dikesan telah diubah namun 1MDB juga yakin pihak berkuasa akan menyiasat, mengesahkan fakta dan mengambil tindakan.
Pua, Clare, Kooi Ong dan Kay Tat masing-masing menafikan salah laku atau bersubahat untuk menggulingkan Najib tetapi persoalannya, jika bukan mereka, siapa lagi dalang sebenarnya? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA