Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

9 Tips Untuk Lelaki...

SATU masa dulu kaum lelaki dilihat tidak peduli dengan ketrampilan diri mereka yang sebenarnya...

Zaid Ibrahim Luah Berjaya...

KESAL... Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai DAP...

Agak-Agaknya Apa Rahsia Tubuh...

JIKA semalam rahsia awet muda pelakon dan pengacara terkenal Pak Nil atau Datuk...

Tembok Berkos RM300,000 Atasi...

KULIM - Pembinaan tembok penahan yang menelan kos RM300,000 kini giat dijalankan bagi...

Kes Khalwat: Shahrizal Jaszle Diperintah Bela Diri

MAHKAMAH Rendah Syariah Petaling Jaya hari ini memerintahkan pelakon Shahrizal Jaszle membela diri atas tuduhan melakukan khalwat dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh pada 16 Mei 2013.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah selepas mendapati wujudnya elemen kes yang boleh disabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

Oleh itu, Shahrizal diarah untuk membela diri sama ada secara memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak hujah pihak peguam bela bahawa terdapat elemen tangkapan terhadap pelakon itu dirancang atau diperangkap.

Sehubungan dengan itu, kes berkenaan akan disambung pada 8 Disember depan.


Terdahulu, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati ditangkap khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, Petaling Jaya kira-kira pukul 3.30 pagi selepas menerima aduan orang ramai.

Ketika sebutan kes pada 13 November 2013, Farah Nurizzati mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000. – MYNEWSHUB.C

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori