Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Puting Beliung Mahu...

ALOR SETAR - Mangsa puting beliung di Daerah Kota Setar yang berlaku semalam...

Nampak ‘Baby Bump’, Nora...

PELAKON, Nora Danish kini 'diasak' dengan pertanyaan tentang kesahihan khabar dia sedang berbadan...

“Saya Tiada Cita-Cita Jadi...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata...

KPM, SPP Kerjasama Unjur...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi...

Kes Saman Terhadap PAS, Mustafa Ali Mungkin Diselesai Cara Baik

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah yang difailkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terhadap PAS; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain berkemungkinan diselesaikan secara baik.

Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkaitan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Peguam C.K Lew, yang mewakili Mustapa, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nor Bee Ariffin.

Lew berkata peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili keempat-empat defendan itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mencadangkan supaya kes saman berkenaan diselesaikan secara baik.

Keempat-empat defendan itu ialah parti PAS, Mustafa yang ketika itu Setiausaha Agung PAS, Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong dan Pengarang akhbar online itu, Azmi Yusof.

harakah copy
Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong

Namun, Lew berkata kedua-dua pihak masih lagi berbincang mengenai terma penyelesaian.

Peguam itu berkata sekiranya kes itu tidak dapat diselesaikan secara baik, mahkamah menetapkan dua hari bermula 12 Nov untuk perbicaraan dan 7 Okt untuk pengurusan kes.


Sementara itu, peguam Termizi Abdullah, yang mewakili Husam, berkata anak guamnya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Mustapa dalam masa terdekat untuk berbincang sama ada menyelesaikan kes itu secara baik ataupun sebaliknya.

Pada 22 April 2013, Mustapa memfailkan saman itu selepas mendakwa Husam telah mengeluarkan perkataan fitnah terhadap beliau berhubung saham FGVH dalam ceramah politik Husam di Tapak Ekspo Machang, Kelantan, 23 Mac 2013.

Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, mendakwa pada 24 Mac 2013, PAS dan defendan lain menerbitkan perkataan fitnah itu menerusi Harakahdaily.net. yang boleh diakses berjuta-juta pengguna laman sesawang berkenaan.

Mustapa mendakwa kenyataan fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau adalah seorang pemimpin dan ahli politik yang korup, tidak berkredibiliti serta menyalahgunakan kuasanya bagi kepentingan peribadi dan pemimpin UMNO.

Beliau memohon ganti rugi untuk libel, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan fitnah berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori