Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ulat Tiket Ditahan Halang...

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dipercayai ulat tiket ditahan kerana menghalang anggota penguat...

Makin Ramai Rakyat Jepun...

SERIUS... Ikeida meninggalkan rumah sekali setiap tiga hari untuk beli makanan agar dapat...

MH370: Kapal GO Phoenix...

SYDNEY - Misi mencari pesawat MH370 diteruskan semula hari ini di kawasan terpencil...

Haris: Malaysia Perlukan Kebenaran

Bagi aktivis Haris Ibrahim, penggulingan kerajaan Umno/BN pada Mei 2018 memenuhi cita-cita seumur...

Ketua Polis Negara, Mufti Perlis Jadi Tetamu Raja Arab Saudi

TUAH buat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila bukan sahaja dapat melaksanakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji malah terpilih menjadi antara tokoh yang menjadi tetamu kepada Raja Arab Saudi Salman Abdul Aziz pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Asri atau lebih sinonim dengan gelaran Dr. MAZA menerusi laman Facebooknya.

“Hari ini masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.

“Teman sebilik saya ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau

“Persepsi mungkin tidak sama dengan realiti. Tanggungjawab dan tugas masing-masing menanggungnya untuk negara tercinta,” ujar Dr. Maza.


Difahamkan, Khalid dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia manakala Dr. MAZA pula sebagai mufti haji.

Turut bersama dalam program tetamu Raja Arab Saudi tahun ini adalah Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang bertindak selaku timbalan ketua rombongan.

Dr. MAZA turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Khalid di Tanah Suci.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori