Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tesco Selamba Jual Mug...

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang...

Anwar Adalah Seorang Megalomania...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed...

Warna Biru Jadi Tema...

KUALA LUMPUR - Teka-teki warna baju Melayu yang dipakai Datuk Seri Najib Tun...

Siasatan Tragedi Batang Kali...

Siasatan polis berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang...

Khairuddin Masuk Hospital, Disyaki Demam Denggi

BEKAS Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini ditahan di Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau lebih dikenali sebagai SOSMA telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, ahli perniagaan dan suami kepada selebriti terkenal Umie Aida ini disyaki menghidap demam denggi malahan perkara tersebut turut disahkan oleh peguamnya, Matthias Chang.

“Beliau ketika ini di bawah pemerhatian kerana disyaki menghidap demam denggi. Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dan saya akan tahu esok sekiranya saya boleh jumpa beliau esok,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Khairuddin ditahan semula di bawah Sosma kerana disyaki melakukan aktiviti mengkhianati negara sejurus beberapa minit dibebaskan dari Akta 124C Kanun Keseksaan.

Melalui Sosma polis boleh menahan seseorang sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi sebarang tuduhan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori