Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Patung Seks Selamatkan Kedai...

HASRAT perompak untuk merompak sebuah kedai seni terbantut apabila tindakan mereka disedari 'seseorang'...

2 Wanita Dipenjara Sehari,...

KUALA LUMPUR - Dua wanita dipenjara sehari dan didenda RM1,500 setiap seorang oleh...

AFC B-16: Harapan Tipis...

KUALA LUMPUR – Vietnam terus buntu menemui kemenangan dalam kempen Kejuaraan Bawah 16...

Sektor Pengajian Tinggi Perlu...

KUALA LUMPUR - Sektor pendidikan tinggi perlu meningkatkan daya saing global dalam menghadapi...

Kisah Pesawat MAB Mendarat Cemas Viral Di Arab Saudi

MUNGKIN agak lucu apabila twitter stesen tempatan Bernama Radio24 menyiarkan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) melakukan pendaratan cemas di Arab Saudi menjadi viral di media sosial.

Ironi, berita ‘panas’ tersebut setakat artikel ini ditulis tidak pula disiarkan oleh agensi berita rasmi Bernama waima selepas disensasikan oleh MYNEWSHUB selain menerusi laman Facebook rasmi portal ini pada Sabtu.

Ia jadi viral kerana secara kebetulan, seluruh dunia termasuk Malaysia gempar dengan tragedi berdarah sebuah menara kren pembinaan tumbang di kawasan Masjidil Haram di Makkah lewat Jumaat yang meragut 107 nyawa.

Sebelum insiden memeranjatkan umat Islam itu berlaku, ramai netizen dikejutkan dengan berita ribut pasir terburuk membadai ganas rantau Asia Barat termasuk di Makkah seolah-olah macam dunia hendak kiamat.

Anehnya, kisah pesawat MAB membuat pendaratan cemas turut sensasi dalam kalangan netizen Arab Saudi sendiri dan ramai salah faham apabila menyangka ia berlaku di lapangan terbang wilayah di Taif, Makkah.

Baca: Pesawat MAB Buat Pendaratan Cemas Atas Jalan Raya

 

Displaying IMAG0557.jpg

Lebih gempar, ia didakwa mendarat di atas jalan raya sehingga kecoh di negara tersebut susulan seorang pengguna tempatan yang sempat merakamkan video pesawat itu ketika ribut pasir melanda kawasan lapangan terbang.

Bagaimanapun ada juga meragui kisah cemas yang penuh dramatik malah skeptik dengan kehebatan juruterbang MAB mampu mendaratkan pesawat dalam keadaan cuaca terburuk paling ekstrem ala aksi filem Hollywood.

Memandangkan ia asalnya disiarkan twitter Bernama Radio24 yang pastinya sumber berita boleh dipercayai, semakan MYNEWSHUB sendiri ke atas kisah itu membuktikan ia memang wujud cuma bukannya di Taif.


Sebaliknya, sebuah twitter popular Arab Saudi, No_Rumors menjelaskan kejadian itu sebetulnya berlaku di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah dan pesawat tidak mendarat di atas jalan raya tetapi landasan.

Kekeliruan tersebut mungkin kerana ramai netizen Arab Saudi teruja dengan video itu selain imej syarikat penerbangan kebangsaan negara kita yang terkenal susulan tragedi MH370 dan MH17 pada tahun lalu.

Baca: Ribut Pasir Terburuk Landa Rantau Asia Barat

Sekadar maklumat, video itu dirakamkan di lebuh raya 271 dan pemandu kereta berkenaan bergerak dari Al-Murjan menuju ke An-Naim di Jeddah yang kebetulan selari dengan kedudukan lurus landasan kapal terbang.

Mungkin sebab situasi ribut pasir, visual seolah-olah pesawat MAB itu mendarat macam atas jalan raya walhal tayar MH150 tersebut sudah pun selamat mencecah landasan menuju ke terminal utara lapangan terbang itu.

Semakan MYNEWSHUB mendapati, pesawat jenis Airbus A330-300 itu berlepas dari KLIA, Sepang pukul 3.06 petang 10 September lalu sebelum mendarat di Jeddah pukul 7.20 malam waktu tempatan hari yang sama.

Penerbangan rutin pesawat tersebut yang mengambil masa selama 9 jam itu dilaporkan terlewat 20 minit daripada jadual asal kerana keadaan ribut pasir telah menyukarkan jarak penglihatan juruterbang MAB berkenaan.

Justeru, hikmah di sebalik cuaca ekstrem itu mendedahkan sesuatu yang cuba ingin disampaikan netizen Arab Saudi bahawa juruterbang Malaysia memang hebat walhal jika pesawat lain mungkin sebaliknya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori