KUALA TERENGGANU – “Lakukan perubahan segera kepada skuad kebangsaan negara atau bersiap sedia menghadapi kemungkinan langsung digantung!”
Itu amaran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas bosan dengan aksi ‘longlai’ skuad Harimau Malaya yang mencapai kemuncaknya.
Ia susulan kekalahan terburuk dan memalukan 0-10 kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, di Abu Dhabi pada Khamis lepas.
Baca: Dollah Salleh Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya
Juga: TMJ Tawar Dana Kepada FAM Ambil Jurulatih Luar
“Kita ada banyak tindakan yang boleh diambil. Walaupun saya tak nak tapi di bawah Akta Pembangunan Sukan, menteri ada kuasa penuh untuk ambil langkah drastik seperti berlaku di Indonesia iaitu gantung FAM,” tegasnya.
Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin berharap FAM mempunyai rancangan dan mengambil langkah segera mengubah nasib bola sepak negara, tanpa perlu memaksa beliau melaksanakan penggantungan itu.
“Saya tak nak sampai terpaksa ambil tindakan seperti itu kerana penggantungan akan menyebabkan FAM dan juga Malaysia boleh dikenakan tindakan di peringkat antarabangsa,” jelas beliau. – Agensi/Mynewshub.cc