Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Ditemui Lemas...

SANDAKAN: Seorang pengawal keselamatan ditemui lemas dalam satu kejadian di perairan Kampung Semayang,...

Wanita Antara 9 Ditahan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) menahan sembilan...

Lebih 1,000 Nahas Akibat...

PETALING JAYA - Sebanyak 1,178 kemalangan dilaporkan berlaku akibat terlanggar objek yang terjatuh...

Lombong Tembaga Lama Tarikan...

MONTEVIDEO - Lombong tembaga terbiar di wilayah tenggara Maldonado menjadi daya tarikan pelancong...

ESSCom: Komander Mahu Anggota Tingkat Tahap Profesionalisme

LAHAD DATU – Anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap keilmuan dan profesionalisme dalam menghadapi pelbagai cabaran yang begitu kompleks di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata langkah itu perlu memandangkan setiap pegawai dan anggota ESSCom tanpa mengira pangkat dan kedudukan sering terdedah kepada pelbagai cabaran termasuk cabaran mental serta fizikal.

“Mungkin ada di kalangan kita tidak sedar bahawa cabaran ini sering berada di sekeliling kita, mungkin kita tidak perasan. Jadi mengambil kira cabaran dan tahap ancaman ini, maka tanggungjawab ESSCom adalah untuk menyediakan anggota yang boleh menggalas tugas dengan sebaik-baiknya termasuk berdepan dengan situasi genting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan bengkel asas Outboard siri 1, di pangkalan Polis Marin Lahad Datu, dekat sini, Selasa.

Pada masa sama Abdul Rashid turut mengingatkan agar anggota ESSCom sentiasa bersikap jujur dan ikhlas serta mengutamakan integriti ketika melaksanakan tugas.


“Saya tidak mahu mendengar ada di kalangan anggota ESSCom yang bertugas sambil lewa, tidak jujur serta terlibat dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan serta keyakinan masyarakat kepada kewibawaan serta integriti pasukan keselamatan khususnya ESSCom,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran kursus berkenaan, Abdul Rashid berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha ESSCom untuk mempersiapkan setiap anggota dengan pelbagai kemahiran di samping memberi pendedahan, pengalaman dan ilmu pengetahuan supaya mereka dapat terus bertahan dalam apa juga keadaan.

“ESSCom merancang untuk menganjurkan pelbagai lagi program dan kursus seumpama ini yang diharap dapat meningkatkan tahap motivasi dan profesionalisme semua pegawai dan anggota ESSCom seiring dengan cabaran dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori