Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

TMJ Sanggah Mahathir Berkaitan...

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor memaparkan dua artikel Perlembagaan Persekutuan berkaitan jaminan...

Liverpool Sah Ke Malaysia...

LIVERPOOL - Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool mengesahkan bahawa pasukan itu akan...

Gangguan Bekalan Air Di...

KANGAR - Beberapa lokasi di negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air dan...

Penggusti Di ‘Boo’ Tanding...

SEORANG penggusti transgender yang mengambil ubat dos rendah testosterone untuk menjadi lelaki, telah...

Konflik Baju Chacha: Emma, Ezuwan Ismail Pilih Berdamai

AKHIRNYA, konflik yang berlaku di antara pelakon Emma Maembong dengan pereka fesyen Ezuwan Ismail sejak setahun lalu berhubung kontroversi baju rekaan adiknya, Chacha Maembong terlerai jua.

Hubungan kembali mereka pulih apabila Emma tampil bertemu Ezuwan secara peribadi bagi memohon maaf.

Menurut Ezuwan, ketika itu Emma sedang menjalani penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya minggu lalu.

imageResize

“Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.

“Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu.


“Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ezuwan, dia juga enggan mengenang kembali hal itu kerana berpendapat industri ini kecil dan tiada guna bermasam muka dengan Emma dan Chacha.

Terdahulu, Ezuwan meluahkan rasa kecewa di laman sosial apabila baju rekaannya tidak dipakai oleh adik aktres itu, Chacha Maembong semasa berlangsungnya Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada November tahun lalu.

Baju yang sepatutnya dipakai oleh Chacha Maembong.
Baju yang sepatutnya dipakai oleh Chacha Maembong.

Ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan Ezuwan, Emma tampil membela adiknya dengan mempersoalkan sikap Ezuwan.  – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori